BILA SUARA BERGEMA

Gema suara itu bukan hanya suara milikku
Ia bergema sejak Adam terlontar ke bumi
menghulur tangan mengajak
kembali ke syurga Ilahi

Suara yang terlaung di dada langit itu
bukan hanya milikku
Ia akan jatuh ke bumi
menimpa seluruh umat
yang memahami...
Assalamualaikum,
buat anak-anak didikku di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan para pendakwah yang sudi menjenguk tingkap untuk mendengar suaraku. Di sini adalah medan da'ie yang harus diatur dengan strategi. Pesakit kita menanti di luar sana minta diubati. Beri mereka penawar yang boleh menyembuhkan untuk selama-lamanya- bukan hanya sementara. Oleh itu para da'ieku, jadilah perawat paling mahir dan berkemahuan tinggi. Moga perjuangan kalian nanti akan menjadi perjuangan yang tiada tolok bandingnya kerana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

Thursday, March 26, 2009

KULIAH KE- 8 PENERBITAN VIDEO DOKUMENTARI ISLAM

Pengertian
—Video dokumentari Islam ialah media yang menggabungkan audio dan visual untuk menyampaikan maklumat tentang Islam.
—Video dokumentari mengandungi maklumat bersumberkan fakta yang dikumpulkan melalui penyelidikan dan disampaikan dengan pelbagai kaedah.

Maudu’
—Isi kandungan video ialah segala maklumat tentang Islam yang diperolehi melalui temuramah, observasi, pengkisahan , pengalaman, pengembaraan, penyelidikan dan pembacaan.
—Isi kandungan dikemukakan bertujuan untuk memberi pendedahan, penjelasan, penghuraian dan penghujahan tentang keelebihan dan kebaikan agama Islam sebagai agama yang syumul dan selamat.

Uslub
Sinematografi;
—Composition/ kedudukan gambar dalam kamera
—Lighting/ pencahayaan
—Object and image/ subjek- imej
—Suara latar
—Muzik
—Plot
—Bahasa
—Penyampaian bahan

PROSES PENERBITAN
—Proses penerbitan video dokumentari terbahagi kepada 3 langkah;
—Pre-production
—Production
—Post Production

PRE-PRODUCTION
—Penulis membuat perancangan untuk penerbitan sesebuah video dokumentari.
—Proses ini memerlukan pemikiran yang kreatif dan penyelidikan terlebih dahulu terhadap subjek yang hendak dipilih.
—Terbahagi kepada 2 proses iaitu proses treatment dan penentuan budget penerbitan.
—1. TREATMENT
—Proses ini mengandungi penjelasan tentang topik yang hendak dikemukakan dalam filem dokumentari
—Ia merupakan sebuah kertas cadangan tentang subjek yang hendak ditonjolkan , tujuan dan kepentingan penerbitannya
—( It generally conveys on paper what you are going to show and how you are going to show it.)
—Penulisan treatment merupakan langkah awal dalam pembangunan penulisan skrip dokumentari. Penyelidikan terhadap subjek akan dilakukan terlebih dahulu dan dijelaskan dalam penulisan draf pertama iaitu draf yang mengandungi struktur penerbitan video yang dirancang.

Treatment for Others
A valuable communication tool as it help funding sources to understand your vision and give them confidence that you know how and what you want to show.
—The production company will be able to see whether what you have proposed can be done within the budget.
a) Kertas cadangan
—Latar belakang subjek
—Objektif penerbitan
—Kepentingan
—Sasaran
—Metodologi : penyelidikan perpustakaan, temuramah, observasi
—Budget
—Rangka kerja penerbitan
b) Treatment dan penyelidikan
—Setelah proposal diterima, perbincangan akan dilakukan dengan stesyenTV.
—Barulah treatment akan dilakukan berserta dengan penyelidikan.
—Structure of a Treatment
—Tidak ada satu kaedah yang tetap dalam pembikinan treatment. Ia dilakukan mengikut kehendak sasaran.
—Ia mesti mengandungi kepentingan filem dan kenapa filem dokumentari kita begitu istimewa, tentang apa, bagaimana ia paparkan dan siapa yang akan menontonya.
—Penulisan treatment ini lebih kurang 2 – 5 halaman dan sesetengah pembuat filem mengemukakan sehingga 30 halaman.

Format treatment mengandungi perkara berikut;
—Summary
—Purpose of the film
—Approach of the film
—Content of the film
b) Storyboard
—Bahagian treatment ini mengandungi keterangan visual bagi setiap gambar yang akan diambil.
—Ia menjadi garis panduan kepada jurugambar semasa shooting dijalankan.
—Storyboard membantu penyusunan dan kesepaduan/ hubungan antara subjek dalam filem
—Setiap shoot yang digariskan dalam storyboard akan disesuaikan semula mengikut keperluan semasa shooting dilakukan.
—c). Budget
—Anggaran perbelanjaan akan membantu pengurusan kewangan sehingga filem selesai.
—The budget includes:
—Production Personnel- salaries for filmmakers, researchers, consultants and assistants

Right and Permissions:
Any distributed films must obtain rights and permissions for all copyrighted material that appears in the film. Copyrighted material includes music, footage (bahan visual), photographs, news clippings
and also includes fees for permissions and reproduction fees.
—Participants (Talent)- cost of narrators and actors

Production Expenses;
-Travel, Lodging and food: include cost of air fares, local transportation including train, cars, taxis and lodging expenses.
- Equipment: cost of owned, purchased and rented equipment.
- Crew: include the cost of production personnel: camera operators, sound recorders, lighting, grip, construction people and assistants
—Stock and Ratio
—Post production: cost of editing process, editor, translation cost, legal service

MENCARI TOPIK
Topik mesti baru atau mendekati tajuk daripada perspektif yang lain.
1. Meneliti minat peribadi
2. Berbicara dengan orang lain
3. Menggunakan Imaginasi
4. Membaca dan melakukan
5. Literature review

FOKUS TOPIK
Apabila memperolehi sesuatu topik, bentuknya belum sempurna. Faktor-faktor ini akan menjadi asas sesuatu idea;
1. Khalayak sasaran;
a. Siapa pembaca/ kumpulan sasaran
b. Perkara yang diketahui oleh pembaca tentang subjek atau topik
c. Perkara yang perlu diberitahu kepada pembaca tentang topik.
d. Perkara yang diminati oleh pembaca

TUJUAN
a. Tujuan hujahan
b. Tujuan pendedahan
c. Tujuan penjelasan
d. Tujuan pendidikan

Kenyataan tesis/ Tema
a.menyatakan pendirian atau pendekatan tertentu yang akan digunakan dalam penerbitan
b. Menonjolkan subjek yang wajar sebagai bahan.

PERANCANGAN BAHAN
—kenalpasti masalah - ungkapkan pernyataan tajuk - tajuk diselidiki - kumpul data pelbagai sumber - menjelaskan fenomena tajuk - analisa data utk sahkan bahan yang akan digunakan
—menyaring maklumat
—Merangka bahan/ treatment
—Peta Minda
—Mencari sumber bahan
Sebelum membuat penyelidikan, penyiasatan perlu dilakukan untuk mencari bahan yang berkaitan dengan sesuatu topik atau dikatakan literature review
1. Apakah jenis topik yang pernah dikemukakan oleh rancangan TV?
2. Apakah yag ditemui dalam penerbitan rancangan tersebut?
3. Apakah syor atau cadangan yang dikemukakan oleh penerbit?
4. Apakah yang belum ditayangkan?
5. Bagaimanakah topik boleh meningkatkan pengetahuan khalayak?
6. Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh orang lain?
—Mencari bahan
—Perpustakaan
—Observasi
—Temuramah
—Penontonan
—Laman Web
—Eksperimen
—Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan
—Sebelum memilih bahan, lakukan penelitian terhadap perkara berikut;
1. Bahan yang hendak diteliti dan digunakan dalam proses penerbitan
2. Kaedah yang telah digunakan oleh penerbit lain.
3. Tempoh masa dan kos yang terlibat

Proses Analisis bahan
Proses menilai data
– mengadun/ menganalisis data – membuat pentafsiran data dan analisis.Data ialah sebarang maklumat – angka, fakta, persepsi dll yang dikumpul untuk dianalisis.

Sumber Data – Sumber primary dan sumber sekunder
Sumber primary – kaitan langsung dengan subjek kajian – temubual, observasi, laporan, autobiografi, diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal pengarang.Sumber sekunder – sumber perantara subjek yang dikaji – ulasan, makalah, buku-buku ilmiah.
Sumber autoritatif – tulisan klasik atau tokoh yang sudah establish atau tokoh pengkaji sesutu bidang secara intensif dan ekstensif dan diakui keilmuannya – Imam al-Ghazali, al-Shafi’I, Abu Yusuf, Ahmad Ibrahim (undang-undang). Khoo Kay Kim (Sejarah Malaysia) dll.
Sumber tidak berautoriti – penulisan dari yang tidak dikenali dalam bidang-bidang berkenaan.
Penilaian data/ bahan
—Disebut kritikan data yang dilakukan pada dua peringkat;1. Kritikan luaran – ketulinan dan kekuatan sumber data – kaedah penetapan hukum: tarjih, takhsis dan nasakh. a) Tarjih
—memperbandingkan asal-usul teks - bila dihasilkan, oleh siapa, siapa sebenarnya penulis dalam konteks ilmu dan zamannya (tentukan mana sumber yang paling kuat).

b. Takhsis – menilai dari sudut maksud umum atau khusus
—adakah kenyataan bersifat umum itu mempunyai penjelasan yang khusus?
—Tulisan untuk masyarakat umum atau pihak tertentu
c. Nasakh – menilai kekinian teks
—Menilai pendapat ulamak yang berbeza mengikut zaman, pengetahuan, tempat dan pengalaman.
—Perbezaan tarikh zaman akan membolehkan penulis memperbandingkan pendapat2 berdasarkan zaman dan keadaan.

Kritikan dalaman
—menilai ketepatan maklumat yang ada dalam dokumen berkenaan – cara membuat rujukan kepada pelbagai sumber mengenai maklumat yang sama, kesepakatan sumber tentang fakta, penjelasan konsep mengikut zaman dan budaya.

Analisis Data
1. Kaedah induktif dan deduktif dijelaskan. 1. Kaedah induktif/ induktif- generatif – semua maklumat dikumpul bagi menghurai fenomena kajian dan dicari hubungan-hubungan fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk atau untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran.
2. Kaedah deduktif – Penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada bagi membantu mengumpul data dan menjelaskan fenomena kajian untuk dibandingkan dengan yang berlaku – aplikasi teori dalam menyelesaikan masalah.
3. Analisis data – membanding, mengkategori dan menyusun data untuk menjelaskan sesuatu keadaan, membuktikan hipotesis atau menjawab soalan. Maklumat yang diperolehi dibandingkan dan ditentukan keabsahannya.
4. Pengkategorian – melakukan pemisahan data dalam kumpulan yang mempunyai ciri yang sama.
5. Penyusunan fakta –menghurai atau menjelaskan maksud-maksud tertentu – peristiwa disusun mengikut kronologi untuk jelaskan perjalanan sejarah atau bermula dengan fakta yang kuat kepada fakta yang kurang kuat.

Penafsiran Data
—Penafsiran data memerlukan kekuatan dan kekritisan pemikiran dalam memahami apa yang berlaku di sebalik data yang terkumpul. a. Data Kuantitatif – kaedah statistikb. Data kualitatif – keupayaan mental menanggap masalah kajian – menggunakan soalan mengapa.

Masalah dalam Analisis Data
1. Data khusus dikumpul untuk menjelaskan keadaan yang umum.
2. Data dikumpul tidak seimbang – Data lain /sampingan melebihi data utama.
3. Pengkategorian tidak dilakukan dengan cermat
4. Pengkaji tidak memahami betul-betul teori atau pemikiran yang digunakan.
5. Memahami data secara luaran sahaja – kemuka data tanpa analisis atau hanya berdasarkan persepsi awalnya sahaja.
6. Analisa tidak berasas,. Tidak tersusun dan tidak rasional- tidak ke arah objektif kajian.
7. Tidak selaras antara objektif, analisis, rumusan dan cadangan yang dikemukakan.

Pendekatan Penulisan
Pendedahan/penjelasan/exposition
- menghurai atau menjelaskan sesuatu meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengalaman, definisi, fakta, proses, peristiwa, idea, masalah, sejarah, analisis, pendapat dan apa sahaja yang boleh dihuraikan.
3 Prinsip penggunaan;
- Kepakaran penulis dan mahir tentang subjek
- Khalayak tidak memahami subjek
- Subjek tidak kontroversial dan khalayak hanya perlu tahu sahaja.

Penggolongan penjelasan;
I. Penjelasan konsep - pemakluman maklumat yang belum diketahui umum/ belum dilaporkan.
Ii. Penjelasan proses - pemakluman maklumat tentang proses sesuatu perlakuan atau pembuatan untuk dijelaskan kepada umum.
Iii. Penjelasan sejarah - pemakluman peristiwa/ maklumat secara pensejarahan

Pengenalan
—Bermula secara umum dan fokus kepada idea utama (tesis)
—Menyeronokkan, maklumat baru dan merangsang ingin tahu
—Ayat mudah, ringkas dan jitu

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kak....ana haizzat...insyaAllah ingin mnyambung pengjian master pengurusan media di uum...ana ttarik dgn blog akak...ana bhajt utk dptkn maklumat2 bkaitan dgn pengajian ana...mcm mana utk ana hubungi akak?

Unknown said...

Ni no ana 0199379721/01111711721...atau email nikpaklong@gmail.com