MEDIA SEBAGAI MODEL
Media menjadi ancaman baru terhadaqp Islam
Masyarakat barat menyalahgunakan kuasa media sebagai senjata untuk memusnahkan umat Islam
Media juga mampu meracuni pemikiran umat Islam
Serangan media tidak mampu ditangkis oleh umat Islam;
ANCAMAN MEDIA
1.Media cetak – majalah, suratkhabar
2.Media penyiaran – iklan, filem, artis, lagu
3.Media maya – internet/ laman web
1. Memberi gambaran buruk terhadap Islam
Media menggambarkan unsur negatif umat Islam untuk merendah-rendahkan Islam
Faktor kemiskinan dikaitkan dengan umat Islam
Faktor kemalasan
Pengganas
Saddam Hussein dikatakan sebagai Adolf Hitler, padahal, kuasa-kuasa besar Barat yang menjadi punca peperangan untuk kepentingan mereka
2. Pengaruh berbagai-bagai model Barat
Budaya Barat disalurkan melalui media melalui para artis dan bintang filem- gaya, kelakukan, cara berpakaian dan cara hidup.
Pemikiran liberal, Sekularisme dan sosialisasi tanpa batas diserap tanpa disedari
Remaja- suka meniru imej / mencari identiti
Remaja tidak dibekalkan dengan pegangan akidah yang kuat mudah hanyut.
Gejala sosial meluas
3. Paparan media memesongkan akidah umat Islam
Pendedahan media mendidik umat Islasm menjadikan budaya barat suatu kelaziman tanpa disedari.
Pendedahan tanpa kawalan terutama sejak kanak-kanak menimbulkan konflik antara paparan media dengan tegahan ibubapa, guru dan tokoh agama
Konflik berlaku dan tidak boleh diatasi jika tiada bimbingan yang mengiringi kanak-kanak sehingga ke alam dewasa
Input di media memaparkan perkara yang buruk dan ditegah sebagai suatu yang boleh menjadikan seseorang hidup senang atau kaya spt, mencuri dll.
Kajian mengatakan, kanak-kanak suka memilih tunjuk ajar media berbanding ibubapa.
4. Media mengeksploitasi wanita
Islam menghormati dan mengangkat martabat wanita. Sabda Rasulullah SAW, “Dunia ini harta benda dan sebaik-baik harta benda adalah perempuan yang solehah”
Media mengeksploitasi wanita untuk dapatkan keuntungan
Iklan-iklan menggunakan wanita cantik sebagai daya penarik sesuatu produk.
Pakaian menjolok mata, adegan pergaulan bebas – timbul fitnah, Sabda Rasulullah SAW, “Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap lelaki selain wanita”
Wanita pula terikut-ikut dgn personaliti yang ditunjukkan – berusaha mencantikkan diri sehingga menimbulkan pembaziran dan tabarruj.
5. Media menghancurkan institusi kekeluargaan
Islam merealisasikan keperluan biopsikolsosial antara lelaki dan wanita melalui institusi perkahwinan
Media memaparkan nilai yang bertentangan – amalan seks bebas, tinggal serumah, keluarga kacau-bilau, hubungan keluarga renggang, filem lucah dll
Kesannya remaja terutama tanpa segan silu mengikut budaya barat sehinggga lahir istiulah Bohjan, bohsia, penkid, gay
Gejala ini jika tidak dibendung akan menjatuhkan umat Islam
Al-Baqarah, ayat 120, “Orang Yahudi tidak akan senang kepada engkau, begitupun orang Kristian, hanyalah jika engkau mengikut agama mereka…”
6. Aliran maklumat tidak seimbang
Ketidakseimbangan maklumat - maklumat dari negara maju mengalir banyak , pantas dan pelbagai jenis ke negara membangun- pengaliran sehala
Kajian di di Amerika mengatakan kandungan maklumat tentang dunia membangun dalam media amat sedikit.
Kajian di Malaysia, amat banyak dan pelbagai maklumat disiarkan tentang negara maju.
Tindakan ini menguntungkan negara maju
Pengetahuan yang terhad terhadap negara membangun mewujudkan maklumat bersifat negatif- cadangan negara membangun tidak diyakini, dicurigai – wujud ketidakbebasan berucap- PBB, OIC
Negara maju berpegang teguh dengan kekuasaan mereka ke atas pelbagai badan dan saluran pengalir maklumat antarabangsa – berita peperangan; meihak kpd Amerika
7. Ledakan media elektronik
Berlaku revolusi perutusan atau masyarakat maklumat (the information society)
Ledakan maklumat dihujung jari, data dan maklumat terkumpul dan disimpan dalam ingatan komputer
Dari rumah – membeli belah, membayar bil, belajar, transfer kredit, semakan akaun, tempahan tiket, maklumat jualan, maklumat perpustakaan, Maklumat pelbagai, TV, surat khabar, tempahan hotel, telefon (YM, Skype), kedai maya dll
Kreativiti – lukisan 3D, Animasi
Jenayah – ceroboh sistem komputer untuk curi maklumat, curi duit dari bank
Video games – melahirkan kanak-kanak dan remaja yang sukakan hiburan berbanding pelajaran.
8. Kredibiliti Maklumat
Pemikiran masyarakat dipengaruhi dan terdedah dengan bahan palsu dan fitnah
Internet menyebarkan maklumat tanpa pengawasan dan penapisan – menjadikan maklumat tiada credibility
Kandungan maklumat boleh dipertikaikan – dipertikaikan dan kesannya merosakkan pemikiran masyarakat untuk menolak kebenaran.
Pengaruh terhadap pembelajaran dan budaya hidup dan budaya ilmu.
9. Hilang minat membaca
Masyarakat suka mendapatkan maklumat daripada internet dariupada buku-buku sama ada bahan itu sahih atau tidak.
Bahan-bahan diinternet bercampur-aduk antara yg hak dan yg batil.
Tradisi keilmuan terencat – banyak maklumat daripada internet tetapi asas ilmu menjadi terlalu dangkal.
10. Jenayah siber
Pesanan barangan menggunakan pihak yang tidak wujud – invois bayaran yang tidak berharga Vendor menghantar e-mail untuk pemalsuan pengenalan diri – iklan atau brosur palsu
Pemalsuan sumber – surat berita atau analisa pasaran
Pemalsuan maklumat diri / kuiz, skim dll.
CARA MENGATASI
Meningkatkan kemampuan IT
Meningkatkan kemampuan membina sistem maklumat
Menggunakan IT untuk faedah umat
Menggunakan IT untuk penyebaran dakwah
DALIL
“Sesungguhnya orang yang menyampaikan itu lebih memahami dari mereka yang mendengar semata-mata” (Riwayat Abu Daud)
“Sampaikan apa yang engkau tahu dariku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Tirmidzi),
“dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang yang beruntung” (al-Imran ayat 104)
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment