Post production dilaksanakan selepas shooting selesai dilaksanakan.
Cara pertama:
1.Editing gambar
2.Penulisan Skrip
3.Dubbing
Cara Kedua;
1.Penulisan skrip
2.Dubbing
3.Editing gambar
Editing
¨Gambar-gambar hasil shooting akan dilihat dan ditayangkan untuk penilaian pengarah/penerbit.
¨Pengarah/penerbit akan menilai dan membuat rangka berpandukan storyboard yang pernah dihasilkan semasa proses pre-production.
¨Kronologi gambar akan dilistkan untuk panduan editor.
¨Editor akan menyusun gambar-gambar mengikut panduan yang sudah diberikan oleh Pengarah.
¨Editing boleh menggunakan pelbagai software yang ada di pasaran – Velocity dan Final Cut Pro dengan penggunaan komputer berkuasa tinggi seperti Macintosh.
¨Bagaimana editing dilakukan
¨Jumlah layer ditetapkan untuk menghasilkan effect pada gambar dengan pelbagai gaya dan cara yang paling menarik agar terdapat jalinan atau kesatuan idea dalam gambar.
¨Kesatuan idea dilihat melalui perpindahan antara satu gambar ke gambar seterusnya- aktiviti ini memerlukan kreativiti editor dalam memilih gambar yang dilonggokkan di hadapannya.
¨Jalinan gambar terhasil daripada tema yang sudah ditetapkan.
¨Setelah gambar dan kesan effect dimasukkan, penerbit/ pengarah akan menyemak semula gambar yang sudah disusun oleh editor.
¨Jika kekurangan gambar, penerbit/ pengarah akan melihat kembali gambar asal atau menambah footage lain (klip gambar video lain) dan membuat perbandingan terhadap jalinan idea pada gambar yang sudah siap diedit- penerbit/ pengarah akan memilih gambar yang sesuai atau membuang mana-mana gambar yang tidak berkenaan atau kelihatan janggal atau gambar berulang.
¨Jika terlebih daripada masa yang diperuntukkan (30 minit (gambar 21-22 minit)– 1 jam (gambar 45 -50 minit)- selebihnya utk iklan.
¨Penerbit/ pengarah akan mencadangkan gambar-gambar yang akan dibuang.
Scrip Writing
¨Penulis skrip akan melihat gambar yang sudah diedit.
¨Lakaran jalan cerita (plot) akan dilakukan;
1.Pendahuluan
2.Isi/ tubuh
3.Penutup
-fakta-fakta sejarah
-Nama-nama tokoh yang berkenaan
-Nama-nama tempat dan maklumat lain
¨Rangka skrip akan dibincangkan dengan penerbit/pengarah untuk persetujuan
¨Penerbit akan menilai rangka skrip dan menokok tambah atau memberi cadangan sebagaimana yang dikehendakinya.
¨Melalui panduan tersebut, penulis akan mula menulis skrip dokumentarinya.
Rangka Penulisan Skrip
¨..\treatment wayang kulit.doc
¨..\skrip wayang kulit.doc
The Pudovkin Theory
¨Gambar yang diambil mestilah mempunyai nilai kemanusiaan dan semulajadi.
¨Setiap gambar mestilah mempunyai maklumat yang penting dan relevan dengan tema cerita.
¨Maknanya, setiap shot yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang sudah dikumpul terlebih dahulu.
¨Ambil gambar orang yang ceria dan kemudian gambar orang yang sama dalam keadaan yang sedang berkerut.
¨Masukkan/ sisipkan gambar-gambar berkaitan dengan orang tersebut
¨Contohnya, seorang lelaki tersenyum kemudian terdapat suasana pengeboman dan lelaki itu kini berasa sedih
¨Gambar-gambar yang disispkan mestilah bersifat negatif untuk memperlihatkan keberanian, perjuangan dan kepayahan watak.
¨Kemudian ambil gambar yang sama, tetapi bermula dengan watak dalam keadaan wajah berkerut, diikuti gambar sisipan kemudian barulah wajah itu tersenyum
¨Sisipan mestilah berupa sisipan yang positif untuk mengurangkan bebanan watak tersebut.
The Eisenstein Theory
¨Lakukan Cutting a scene dengan mencetuskan konflik.
¨Konflik akan lebih memfokuskan sesuatu acara untuk melihat makna secara lebih luas .
¨Banyakkan scene detail (terperinci) dan long shot hanya sesekali digunakan kerana ia boleh mengganggu dna terlalu terhad untuk digunakan.
¨Dengan fokus kepada detail, filem dokumentari akan dapat membina imaginasi penonton, dan mewujudkan kesan sinema yang hebat.
Thursday, March 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment