BILA SUARA BERGEMA

Gema suara itu bukan hanya suara milikku
Ia bergema sejak Adam terlontar ke bumi
menghulur tangan mengajak
kembali ke syurga Ilahi

Suara yang terlaung di dada langit itu
bukan hanya milikku
Ia akan jatuh ke bumi
menimpa seluruh umat
yang memahami...
Assalamualaikum,
buat anak-anak didikku di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan para pendakwah yang sudi menjenguk tingkap untuk mendengar suaraku. Di sini adalah medan da'ie yang harus diatur dengan strategi. Pesakit kita menanti di luar sana minta diubati. Beri mereka penawar yang boleh menyembuhkan untuk selama-lamanya- bukan hanya sementara. Oleh itu para da'ieku, jadilah perawat paling mahir dan berkemahuan tinggi. Moga perjuangan kalian nanti akan menjadi perjuangan yang tiada tolok bandingnya kerana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

Monday, March 9, 2009

KULIAH 1: PENGENALAN MULTIMEDIA DAKWAH

PRO-FORMA KURSUS
Minggu 1: Pengenalan Teknologi Media sebagai metod dakwah
Minggu 2: IT dalam era ledakan maklumat dan kepentingannya dalam dakwah
Minggu 3: Jenis-jenis penerbitan multimedia dakwah dan ciri-cirinya
Minggu 4: Faktor tarikan terhadap e-dakwah dan tekno –da’ie
Minggu 5: Kesan dan permasalahan IT terhadap umat Islam
Minggu 6: Blog dan bloggers: Kesan kepada pendakwah
Minggu 7: Pre-production laman web
Minggu 8: Proses production laman web
Minggu 9: Proses post production laman web
Minggu 10:Pre-production video dokumentari dakwah
Minggu 11:Proses production video dokumentari dakwah
Minggu 12: Proses post production video dokumentari
Minggu 13: Pemasaran e-dakwah
Minggu 14: Pelancaran multimedia dakwah

Kuliah 1
PENGENALAN TEKNOLOGI MEDIA SEBAGAI METOD DAKWAH
PENGENALAN
Aktiviti dakwah ialah suatu usaha membawa manusia ke jalan Allah dengan cara dan kaedah tertentu.
Kaedah menggunakan komunikasi massa sangat berpengaruh terutama dalam masyarakat moden yang berhadapan dengan perkembangan teknologi komunikasi.
Media sebagai alat penyampai bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan semata-mata tetapi boleh menyediakan bermacam-macam khidmat untuk semua kepentingan termasuk politik, ekonomi, gaya hidup, pengucapan keagamaan dan sebagainya.
Firman Allah SWT ;
"Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (al-Quran) kepada mereka supaya mereka memperoleh peringatan (lalu beriman)" (al- Qasas: 51)
Sabda Rasulullah SAW;
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akalnya masing- masing" (Riwayat Muslim)

Konsep teknologi media
Teknologi komunikasi telah mengubah corak penyampaian media kepada audien
Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu;
1. Proses gelombang secara analog kepada digital,
2. Teknologi informasi (pemprosesan data dalam bentuk digital)
3. Telekomunikasi iaitu penghantaran maklumat digital secara pantas ke mana sahaja di seluruh pelusuk dunia.

Dunia teknologi komunikasi tiada sempadan dan arus globalisasi mengubah pendirian media untuk mara ke hadapan tanpa menoleh lagi.
Sejauhmana media mencapai objektifnya, bergantung kepada dasar dan kandungan media itu sendiri
Kewujudan teknologi komunikasi baru mewujudkan "cross border information " yang mudah, pantas dan dikongsi antara negara- negara maju dengan negara- negara dunia ketiga.

Hala tuju media
Mengubah nasib negara dunia ketiga dari segi pendidikan, ekonomi dan sosial
Menjalankan tanggungjawab positif sejajar dengan dasar negara yang sedia ada
Kandungan yang relevan dengan nilai tempatan
Meningkatkan mutu kerja dan kehidupan
Industri Kandungan Rangkaian (NCI) merangkumi industri televisyen, filem, audio, internet dan data wayarless untuk membenarkan maklumat disebarkan dengan pelbagai cara

MANFAAT ICT UNTUK DAKWAH
Fenomena baru dalam dakwah ialah perubahan persekitaran yang diakibatkan kemajuan ICT yang memudahkan manusia berhubungan antara satu sama lain.
Kemunculan masyarakat bermaklumat
Mengatasi pengaruh ajaran dan pendedahan bahan berunsur negatif
Menghadapi cabaran ajaran salah dan menyeleweng
Peluang menyebarkan maklumat Islam dengan lebih meluas
Berkomunikasi dengan lebih efektif dengan mad’u secara global

Isi kandungan
Memastikan bahan yang disampaikan meliputi isi ajaran Islam serta sesuai dengan sasaran yang pelbagai dan berbeza
Tahap maklumat dan isi ajaran Islam yang dikemukakan mestilah sesuai dengan mengambilkira keperluan mereka yang belum beragama Islam – memahami islam dan menghapuskan kekeliruan dan penyelewengan
Mengambilkira aspek-aspek penting yang menjasi asas ajaran Islam serta memberi penjelasan mengenai syariat Islam secara luas meliputi seluruh kehidupan manusia.
Bersifat membangun akhlak masyarakat Islam
Pengukuhan ilmu teras Islam
Gabungan pendapat pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan institusi Islam

Rekabentuk Maudu’ dakwah
Pemindahan maudu’ dakwah dalam bentuk teknologi baru sama ada dalam bentuk pengisian laman web atau perisian membuka peluang untuk da’ie bergiat aktif dalam menstrukturkan maklumat Islam secara tidak dikawal sebagaimana media cetak dan penyiaran
Kemahiran memahami persembahan maudu’ dakwah melalui pembinaan laman web, newsgroup,perbualan internet relay chat, web board, Frequently asked questions (FAQ), mailing list dll.

Elemen pokok ajaran Islam – kandungan al-Quran dan hadis-hadis, sirah nabawiyah, persoalan fiqqiyyah dan persoalan akhlak dan tauhid.
Peluang peningkatan ilmu secara e-learning
Penerokaan ilmu dan pengembangan ilmu mudah diperolehi oleh umat Islam tanpa perlu berhijrah kerana boleh dilaksanakan dengan hujung jari – PJJ boleh dilaksanakan
Bahan- bahan rujukan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan boleh didapati secara meluas – CD, VCD, web site dan penggabungan teks, grafik, bunyi, animasi, video dan interaksi dalam pencarian ilmu lebih menarik.
Peluang menyempurnakan ibadat
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (Surah az-Zaariyat: 56)
Mencari maklumat kerana ilmu adalah ibadat
Kemudahan ICT memberi kemudahan rujukan untuk penentuan waktu solat, kiraan zakat, arah kiblat, kiraan faraid, kaedah falak dan sebagainya – laman web dan telefon bimbit
Peluang penyebaran risalah Islam
Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan apa yang engkau tahu dariku walaupun satu ayat."
ICT mampu menyebarkan maklumat Islam dengan apa juga cara dengan memanfaatkan pelbagai kaedah dan kemudahan moden
Maklumat islam yang tersebar boleh menyelesaikan kekaburan, salah tanggap, kelalaian, kejahilan tentang Islam dan penyelewengan.
Peluang menyebarkan maklumat Islam secara global dan bersepadu melalui ICT berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
Interaksi agama bersama da’ie dengan mad’u lebih efektif, fatwa boleh disebarkan secara tepat dan cepat serta mudah menjalankan forum
Peluang perniagaan – usahawan dai’e
Industri ICT memberi peluang perniagaan dalam bidang pengkomputeran dan telekomunikasi
Rangkaian perniagaan Islam mudah dilakukan dan mengurangkan kebergantungan dengan negara luar
Strategi pemasaran baru (borderless marketing) dalam pelaksanaan e-dagang
Peluang memperluas dan mengeratkan silaturrahim
Surah al-Hujurat: 13
"hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dna menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.."

Teknologi ICT melalui mel elektronik, SMS, IRC, e-group, EMS, MMS boleh mengumpulkan umat Islam berbincang pelbagai isu atau perkara yang diminati
Peluang melicinkan pentadbiran umat islam dan peningkatan produktiviti
Penyediaan tapak web rasmi mudah dilawati pengunjung yang ingin mencari maklumat rasmi perkhidmatan yang diberikan- peraturan, rujukan asas Islam, fatwa rasmi, dan pautan kepada laman web yang disahkan kebolehpercayaannya.
Kemudahan maklumat yang meluas- proses dakwah dan tarbiah dilaksanakan dengan lebih berkesan bukan sahaja kepada umat islam bahkan kepada orang bukan Islam
Kemudahan internet banking dan e-dagang menjadikan pengguna dapat memaksimumkan masa bekerja- produktiviti dipertingkatkan dan syiar Islam diperkembangkan.
Penjana budaya baru dunia
Perkembangan ICT membentuk pelbagai bentuk dan gaya komunikasi manusia sama ada di kota atau di desa

Data 2001, IDC mencatatkan 4.06 juta pengguna atau 17% dan meningkat 6.7 juta tahun 2005
The Third Perspective Plan 2001-2010, Malaysia melonjak ke tangga 17 dunia dalam pencapaian indeks maklumat serta infrastruktur komputer dan maklumat mendahului semua negara-negara Islam yang lain.
Wujud pelbagai plan kerajaan – k-kerajaan, k-ekonomi, k-masyarakat dll yang berkait rapat dengan ICT
Gambaran budaya ini membayangkan gaya hidup kita kini bersama-sama teknologi ICT sebagai satu komuniti ekosistem dan penyesuaian segera ke budaya hidup tersebut. Saidina Ali KW pernah mengungkapkan, "Ajarilah anak-anakmu dengan ilmu semasa kerana mereka tidak lagi hidup pada zaman serupa kamu."

Rangkakerja kursus
Amali – 50%
Persiapan pre-production, production, post production dokumentari Islam pendek (5 – 10 minit) – 30%
Persiapan lakaran kerja, penyediaan skrip dan design web site – 20%
Final exam – 50%

Selamat belajar, jumpa lagi

2 comments:

Anonymous said...

Assalam blh trgkn apa itu kursus multimedia dn dakwah..apa profesion kita bila klua nnti ?

varickfabbri said...

Tasty & Tiny Tasty Tasty Tasty Tasty - TrioCycling
Tasty Tasty Tasty is a edc titanium TrioCycling app. It is the only 2016 ford focus titanium app that how to get titanium white octane utilizes tasty as an interactive cycling bike to make sure that you're able to  Rating: 4.7 titanium mug · ‎19 reviews · ‎Free · solo titanium razor ‎iOS · ‎Travel