BILA SUARA BERGEMA

Gema suara itu bukan hanya suara milikku
Ia bergema sejak Adam terlontar ke bumi
menghulur tangan mengajak
kembali ke syurga Ilahi

Suara yang terlaung di dada langit itu
bukan hanya milikku
Ia akan jatuh ke bumi
menimpa seluruh umat
yang memahami...
Assalamualaikum,
buat anak-anak didikku di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan para pendakwah yang sudi menjenguk tingkap untuk mendengar suaraku. Di sini adalah medan da'ie yang harus diatur dengan strategi. Pesakit kita menanti di luar sana minta diubati. Beri mereka penawar yang boleh menyembuhkan untuk selama-lamanya- bukan hanya sementara. Oleh itu para da'ieku, jadilah perawat paling mahir dan berkemahuan tinggi. Moga perjuangan kalian nanti akan menjadi perjuangan yang tiada tolok bandingnya kerana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

Thursday, March 26, 2009

KULIAH 9: PRODUCTION

Produksi terbahagi kepada 5 bahagian;
—1. Style
—2. Visualization
—3. Shooting
— 4. Interview
— 5. Archival Material

1. Style
—Filem dokumentari dipersembahkan dengan pelbagai gaya (style).
—Pilih hanya satu gaya (style) yang sesuai dengan cerita yang kita pilih.
—Kesemua style yang digunakan pada masa kini boleh digunakan , tetapi cuba lakukan beberapa variasi/ perubahan agar lebih menarik atau menunjukkan kelainan dalam gaya persembahan kita.
—Beri pendedahan/ penjelasan tentang subjek yang kita pilih terus kepada khalayak melalui seorang pencerita/ narrator.
—Narrator boleh dijadikan subjek yang terpisah dengan filem.
—Ia hanya berperanan sebagai pengulas sahaja./ suara latar.
—Terdapat juga style pencerita yang bercerita dan ditunjukkan dalam filem kemudian disusuli dengan imej visual yang lain.
—Penggambaran akan lebih menarik dengan penggunaan pelakon, pentas dan seni pengarahan berbanding terus mengambil gambar apa yang dilihat oleh lensa.
—Lakukan pengamatan terlebih dahulu untuk memahami dunia yang akan kita pilih sebelum penggambaran dokumentari (to mirror the world).
—Pengamatan tersebut akan menjelaskan lagi pemahaman kita tentang perkara yang akan kita masukkan dalam dokumentari – lebih fokus dan proses penggambaran lebih mudah.
—Lakukan penggamatan secara tepat – lakonan semula memungkinkan akan berlaku lakonan yang tidak tepat apabila subjek atau pelakon cuba mengubah budaya atau kebiasaan corak hidup mereka apabila melihat kamera.
—Oleh itu, pujuk pelakon atau subjek untuk bertindak seperti biasa di hadapan kamera.
—Reflexive- adalah agak payah untuk mendapatkan kerjasama dari seseorang untuk dijadikan subjek utama dalam filem dokumentari ataupun pembuat filem tersebut membuat pengkisahan dirinya sendiri.
—Pembuat filem sendiri yang berlakon untuk menggambarkan aktivitinya – eg. Crocodile Hunter
—Subjek/ tokoh dipilih untuk melakonkan kembali aktiviti hariannya.

2. Visualization
—Buat Shot lists atau storyboards
-Penggunaan shotlist dan storyboard dalam penggambaran akan menjimatkan masa dan wang di samping memastikan kesinambungan struktur filem.
-Setiap shot digambarkan terlebih dahulu bagi membantu kita mengenalpasti peralatan, gaya dan kemudahan yang diperlukan- shot Framing, shot bergerak dan shot cerita.
- Sesetengah pengarah akan melihat shot list secara detail atau melihat storyboard filem yang dilukis semasa proses penggambaran.
—Undirected subject- Adalah susah jika kita memilih subjek yang tidak profesional sebagai bahan penggambaran, terutama untuk mendapatkan acting yang natural. Untuk mengurangkan tekanan ke atas subjek, bincangkan topik atau subjek tertentu dengan subjek agar mereka terlupa dengan kehadiran kamera.
—Directed subjects- Jika filem kita menggunakan gaya docudrama, pilihan tempat biasanya digunakan terutamanya untuk filem yang berbentuk pengembaraan (observational films )
—Kita terpaksa melakonkan semula budaya yang tidak dapat diambil gambar secara natural. Lakonan serupa ini adalah sukar dilakukan jika pelakonnya bukan profesional.
—Cuba set up situasi ini dengan situasi yang sebenar (real situation) dan cuba lakukan sebaik mungkin.

3. Shooting
—Situational awareness- kita akan kecewa apabila melihat sesuatu peristiwa yang menakjubkan tetapi kamera tidak bersedia untuk mengambil gambarnya.
—Semasa proses shooting, adalah penting untuk mempunyai sifat situational awareness, iaitu sensitif dengan persekitaran penggambaran agar kita mampu memperolehi gambar yang menarik di samping terus bersedia untuk mengambil gambar apa sahaja yang berlaku.
—Comprehensive coverage- Letakkan kamera dan mikrofon di tempat yang sesuai.
—Kedudukan yang jauh dari tempat penggambaran mungkin akan mewujudkan gambar yang jauh dan boleh juga kehilangan view kerana berlaku pengalihan perhatian (distraction).
—Tumpukan pada gambar close-ups pada aktiviti komunikasi bagi memberi perhatian kepada view subjek di samping mendapatkan gambar yang besar.
—Lakukan zooming secara minimum sebagai cara untuk mengubah situasi dengan hanya mengubah kedudukan lensa kamera kerana kelakuan ini akan mewujudkan shaking pada kamera pula.
—Kaedah Cinematic convention (perfileman)- ia merupakan cara terbaik untuk sesuatu penggambaran kerana kita akan memperolehi pilihan yang fleksibel semasa melakukan editing.
—Ambil establishment shot yang boleh membantu memperolehi view kawasan penggambaran dengan lebih luas. Kemudian lakukan master shot diikuti close-up shot dan cut-away shot dan aksi penggambaran akan dihentikan untuk mengambil gambar (shot) yang lain pula.

4. Interview
Interview merupakan komponen yang penting dalam pembikinan filem dokumentari kerana melalui interview, sesebuah filem akan memperolehi idea.
Walau bagaimanapun kita hendaklah berhati-hati agar tidak terlalu banyak shot seseorang sedang bercakap. Filem dokumentari perlu lebih banyak mengemukakan visual dan aksi daripada percakapan.
—Setting up the interview
—Conducting the interview
—Shooting the interview

Pre-interviewing
-Mula- mula pilih cerita yang paling menarik untuk dipaparkan di hadapan kamera daripada banyak maklumat tentang subjek yang didengar sebelum penggambaran dilakukan.
-Maklumat awal tentang subjek akan membantu mengenali subjek dan menjadikan subjek selesa berhadapan dengan kamera kelak.
-Ambil perhatian, subjek mungkin akan berasa gugup atau suara gementar semasa penggambaran. Persiapan pre-interview akan menghilangkan emosi tidak selesa subjek.
—Pilihan lokasi – Interview di luar boleh dilakukan jika kita boleh memastikan tiada gangguan suara, cuaca dan perubahan cahaya semulajadi yang boleh menyukarkan kawalan ketika visual penggambaran dilakukan.

Conducting the interview
—Preparing for the interview- lakukan homework untuki memperolehi maklumat tentang perkara yang kamu tidak ketahui mengenai subjek yang hendak ditanya kepada perucap.
—Soalan yang dikemukakan kepada perucap hendaklah terus kepada idea utama/ point yang dikehendaki. Jangan sesekali menunjukkan yang kita sudah mengetahui perkara yang sedang diperkatakan.
—Interview to edit- Siapkan sepenuhnya interview anda. Tanya sebanyak mungkin yang difikirkan relevan dengan subjek kerana adalah sukar untuk kita datang kembali membuat follow up dengan perucap pada masa yang lain.
—Pastikan visual dan audio sentiasa mempunyai perkaitan (continuity).
—Pastikan perucap tidak memakai pakaian yang terlalu cerah atau terlalu pudar yang boleh mengganggu view shot.
—Listen, listen, listen- Jangan paksa perucap dan lakukan interview s ecara hikmah. Diam dan dengar penjelasan subjek dengan teliti.
—Setup time- luangkan masa yang secukupnya untuk set up temubual yang akan dilakukan. Masalah teknikal akan menjadikan perucap boring dan kecewa.

—Eye line- Pandangan mata dalam kamera akan menentukan tahap sosial dan status seseorang.
—Semasa interview dilakukan, ia hendaklah dilakukan secara neutral.
—Pandangan mata terus kepada kamera akan mengganggu penonton, ia kelihatan seperti pembaca berita.
—Framing and focal length-Subjek diletakkan di satu tempat . Apabila subjek berada di kiri screen, dia perlu memandang ke kanan.
—Zooming dan framing
—Berhati-hati semasa melakukan zooming dan framing – jangan ubah zooming semasa subjek tengah bercakap. Tentukan framing terlebih dahulu dan biarkan sesi interview selesai.
—Setelah habis satu sesi interview atau hendak berubah ke soalan yang baru, framing dan zooming yang lain boleh dilakukan.

Interview sound
—Interview sound- kurangkan gangguan kebisingan yang boleh mengganggu penonton atau mengganggu pendengaran subjek. Letakkan mikrofon pada jarak dan level suara yang sesuai secara tetap (consistent) semasa interview.
—Aapabila sedang menjalankan interview secara indoor, matikan kesemua perkara yang boleh mengganggu interviews, termasuklah handphone, komputer, peti air, air cond dll.

5. Archival Material/ Dokumen sejarah
—Ia akan menjadi halaman sejarah dengan mengambil gambar-gambar lama untuk dokumentari yang dilakukan.
—Penonton perlu memahami setiap gambar yang dikemukakan dengan tepat.
—Sources- terlalu banyak sumber untuk kita mendapatkan bahan sejarah: museums, public libraries, movie studios, news paper and magazine etc.
—Copyright- all original work is subject to copyright restrictions. You are obligate to get permission to use copyrighted material.

No comments: