BILA SUARA BERGEMA

Gema suara itu bukan hanya suara milikku
Ia bergema sejak Adam terlontar ke bumi
menghulur tangan mengajak
kembali ke syurga Ilahi

Suara yang terlaung di dada langit itu
bukan hanya milikku
Ia akan jatuh ke bumi
menimpa seluruh umat
yang memahami...
Assalamualaikum,
buat anak-anak didikku di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan para pendakwah yang sudi menjenguk tingkap untuk mendengar suaraku. Di sini adalah medan da'ie yang harus diatur dengan strategi. Pesakit kita menanti di luar sana minta diubati. Beri mereka penawar yang boleh menyembuhkan untuk selama-lamanya- bukan hanya sementara. Oleh itu para da'ieku, jadilah perawat paling mahir dan berkemahuan tinggi. Moga perjuangan kalian nanti akan menjadi perjuangan yang tiada tolok bandingnya kerana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

Thursday, March 26, 2009

KULIAH 7 PROSES PRE PEMBANGUNAN LAMAN WEB

PENGENALAN
Reka bentuk – proses perancangan strategi untuk mempersembahkan maklumat yang diperlukan.
Menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan atau strategi, jenis media dan teknologi yang digunakan dalam merekabentuk.
Mencapai objektif yang sesuai dan boleh dicapai oleh pengguna
Pendekatan sistematik pembangunan laman web
Proses pembangunan laman web yang melibatkan bidang pendidikan, latihan dan perniagaan memerlukan proses yang panjang, kos yang tinggi dan sentiasa dikaji kesesuaiannya.

Langkah pembangunan web dibahagikan kepada beberapa fasa;
1.Fasa pre-produksi
2.Fasa produksi
3.Fasa post produksi

Pre-produksi
1.Fasa menganalisis keperluan laman web
2.Fasa perancangan laman web
Fasa menganalisis keperluan laman web
-Tujuan penyampaian dakwah;
-- kanak-kanak, remaja, orang awam, warga emas, keluarga dll
-Akidah
-Syariah
-Akhlak
-Isu-isu pemikiran Islam

Fasa perancangan/ rekabentuk laman web
-Rekabentuk Informasi
-Rekabentuk interaksi
-Rekabentuk visual
Ketiga-tiga proses kerja dalam fasa tersebut saling berhubungan
Mengikut urutan yang dinyatakan;
(Informasi – Interaksi – Visual)

Pembangun akan menentukan informasi yang ingin disampaikan, seterusnya pereka bentuk menentukan bagaimana informasi disusun dan diorganisasikan untuk memudahkan interaksi antara informasi yang disediakan dengan pengguna. Akhirnya apabila semua informasi dan jenis interaksi bersesuaian ditetapkan, barulah antaramuka atau visual laman web tersebut ditentukan.

Rekabentuk informasi
apakah produk atau bahan yang ingin dibangunkan
strategi yang akan digunakan dalam proses penyampaian maklumat atau informasi
kenalpasti sasaran
proses merancang dan mengatur isi kandungan dan maklumat

Rekabentuk interaksi
Menentukan bagaimana laman web berfungsi dan beroperasi
Perjalanan laman web dilakarkan
Jenis-jenis interaksi, sistem navigasi, penetapan elemen kawalan yang lain bagi laman web akan ditetapkan
Dipersembahkan dalam bentuk papan cerita atau storyboard.

Rekabentuk visual
Menentukan bagaimana rupabentuk laman web akan dibangunkan
Dikenali sebagai rekabentuk antaramuka atau rekabentuk persembahan
Warna, jenis media, bentuk paparan, saiz media yang digunakan
Proses pembangunan prototaip laman web yang akan dibangunkan akan dihasilkan.
Ramai pereka tenggelam dalam dunia estetika sehingga lupa tentang pengguna
Terdapat juga yang terlalu memikir kegunaan laman web sehingga melupakan visual.
Rekabentuk laman web bukan sahaja cantik dipandang tetapi mudah dan selesa untuk digunakan.

Dokumen reka bentuk laman web
Memerlukan kerja sama individu dengan pelbagai kemahiran utk bekerja dalam satu kumpulan;
-Perekabentuk
-Pengaturcara
-Artis grafik
-Juru animasi
Oleh itu, panduan kerja perlu disediakan untuk pastikan terdapat kesinambungan dalam rekabentuk yang digunakan serta perkembangan projek yang diusahakan seterusnya.
Dokumen ini membolehkan individu2 dengan pelbagai kemahiran ini disatukan agar boleh bekerja dengan lebih sistematik dan berkesan.
Dokumen ini juga diperlukan bagi mengesahkan reka bentuk laman web
Memudahkan proses komunikasi, aliran idea serta proses kerja antara pihak yang terlibat dalam proses pembangunan kelak.
Dokumen diperlukan untuk mengelakkan drpd membuang masa dan tenaga.
Dokumen diperlukan mengandungi semua maklumat yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek pembangunan laman web dilaksanakan.
Kandungannya – bagaimana maklumat disampaikan, bagaimana boleh dicapai dan bagaimana dipersembahkan kepada pengguna.

Dokumen reka bentuk informasi: keterangan ringkas laman web dan carta alir
Rekabentuk informasi – pengarang – pakar isi kandungan, penulis skrip dan perekabentuk interaksi
Idea atau cadangan penulis skrip digambarkan dengan lebih jelas dalam bentuk skrip atau keterangan ringkas laman web.
Ia berbentuk penerangan bertulis, gambaran kasar mengenai hasil akhir aplikasi atau laman web yang akan dibangunkan.

Keterangan ringkas laman web
memberi tumpuan kepada perjalanan cerita atau rekabentuk laman yang dibina.
Menerangkan bentuk strategi penyampaian maklumat, pelaksanaan latihan serta suasana pengajaran yang digunakan (jika untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran).
Contoh keterangan laman web (Pendidikan)
Bermula dengqan penggunaan animasi yang bersesuaian, sistem pembelajaran menerusi web bermula dengan pemaparan laman utama. Paparan empat warna pilihan menu untuk kegunaan pelajar.
Bagi pelajar pertama kali menggunakan sistem pembelajaran yang disediakan, digalakkan mencapai dua pilihan, iaitu pengenalan projek dan pelaksanaan projek.
Bagi pelajar yang lain, boleh terus ke memulakan projek atau mana-mana laman sokongan

Pilihan pelajar
Pelajar yang memilih “Mulakan Projek”, paparan pilihan untuk melaporkan diri atau menerima arahan kerja dari guru bimbingan.
Seterusnya pelajar berpeluang memulakan tugasan. Pelajar boleh mendaftar diri, menerima arahan tugas, membaca memo atau arahan kerja.
Apabila pelajar mendaftar, boleh mula menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh sistem sama ada secara peribadi atau secara berkumpulan.
Contoh keterangan ringkas laman web (perniagaan)
Laman utama memaparkan logo syarikat dan nama syarikat. Kesan animasi dimainkan dan kekal di bahagian penjuru kanan laman. Pilihan menu akan dipaparkan.
Pilihan menu mengandungi;
1. Profil syarikat
2. Produk/ servis yang ditawarkan
3. Portfolio
4. Tempahan
5. Maklumat lanjut

Carta alir
Carta alir atau flowchart menggambarkan bagaimana laman web akan bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
Ia juga merujuk kepada persembahan proses penyelesaian masalah secara aliran data berasaskan simbol;

Contoh carta alir (dapatkan daripada ketua anda)

No comments: