setiap reka bentuk laman web yang telah dibincangkan sebelum ini mempunyai tujuan yang sama iaitu bagi memastikan laman web yang terhasil mampu untuk;
- menarik perhatian dan juga mengekalkan minat pengguna
- memfokuskan perhatian pengguna kepada maklumat yang penting
- menggalakkan pengintegrasian maklumat baru yang dibekalkan dengan maklumat atau pengetahuan sedia ada pada pengguna
- membantu pengguna mencari maklumat yang diperlukan dengan mudah dan pantas
Oleh itu, reka bentuk laman web seharusnya mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memastikan kesemua keperluan laman web dapat dicapai;
1. Diurus dengan baik
Laman web yang diurus dengan baik boleh merujuk pelbagai aspek terutama pengurusan maklumat. Maklumat diurus dengan melihat bagaimana ia diolah, ditadbir, disusun, diorganisasi dan dipersembahkan. Disusu mengikut keperluan pengguna, berdasarkan kesamaan atau kategori tang sama, berdasarkan hieraki dan sebagainya- cth: pembelajaran: maklumat disusun mengikut subjek, topik atau tahap kesukaran. Perniagaan: disusun berdasarkan produk, harga, unit pengeluar dan sebagainya.
2. mudah diterokai
Laman web diuruskan dengan baik memudahkan pengguna bergerak atau meneroka dari satu laman ke laman yang lain. Elakkan helaian laman web yang terlalu panjang dan pengguna terpaksa bergerak jauh untuk mencapai maklumat.
3. mampu menarik perhatian
Menarik perhatian bukan bermaksud memerlukan grafik yang cantik atau teknologi multimedia yang canggih. Ringkas dan jelas juga merupakan ciri-ciri laman web yang mampu menarik perhatian pengguna. Warna yang ringkas dan harmoni serta boleh dipaparkan dengan sempurna pada kebanyakan perisian pelayar web juga merupakan ciri menarik perhatian. Setiap elemen grafik yang dignakan bersaiz kecil (kurang dari 50kb) untuk memastikan kepantasan melayari laman web tersebut. Terlalu banyak elemen bergerak akan menyebabkan laman web lambat dipaparkan.
4. mengandungi maklumat berguna
Merujuk bagaimana ia dimanfaatkan oleh pengguna. Mempunyai maklumat yang berguna kepada pengguna.
5. sentiasa dikemaskini
Maklumat sentiasa dikemaskini agar pengguna meyakini laman web tersebut (kesahan maklumat)
6. telah disiapkan sepenuhnya
Proses menyelenggara laman web merupakan tugas yang sukar. Oleh itu proses membangun laman web perlu dipastikan siap sepenuhnya sebelum diisytiharkan kewujudannya kepada awam. Elakkan perkataan "Under construction".
7. menyediakan panduan untuk pengguna
menyediakan panduan atau orientasi untuk pengguna bagaimana untuk mencapai maklumat dengan meletakkan tajuk atau subtajuk pada setiap helaian laman web.
8. lebar dan panjang laman web yang minimum
Elakkan helaian laman web yang terlalu panjang sehingga pengguna terpaksa bergerak jauh dari bahagian atas ke bahagian bawah. Tidak lebih dari dua muka surat, elakkan pengguna menekan butang skrol secara horizontal - lebar laman sama dengan skrin komputer pengguna.
9. Reka bentuk visual yang baik: teks dan grafik
Laman yang baik juga dipengaruhi oleh elemen visual yang membentuk laman web.
Teks mestilah jelas untuk dibaca, tidak diganggu oleh warna atau imej latar yang kompleks dan kontras dengan warta teks. Saiz teks cukup besar untuk dibaca dan selesa tetapi tidak terlalu besar. Susun atur teks konsisten dan dipecahkan kepada beberapa perenggan. Muka taip sesuai dengan isi kandungan dan sedia ada dalam komputer pengguna. Bahasa yang digunakan ringkas dan mudah difahami.
Grafik yang ringkas dengan kombinasi warna yang mampu dipersembahkan menerusi web tanpa masalah. Saiz fail tidak terlalu besar. Disediakan dengan kemas dan serasi dengan elemen-elemen lain. Digunakan bila benar-benar perlu sahaja untuk menyokong keperluan laman web. Mudah difahami dan tidak terlalu besar jika menggunakan ikon atau elemen navigasi. penggunaan elemen navigasi dipastikan laluan atau pautan yang sama disediakan sebagai alternatif sekiranya ikon tidak berfungsi.
10. Rekabentuk interaksi yang baik
Elemen navigasi mudah dikesan dan dikenalpasti fungsinya (hiperteks, butang, ikon, sepanduk web dll). Ditetapkan agar konsisten kedudukannya di keseluruhan laman web. Disusun dalam kategori atau pembahagian yang mudah difahami oleh pengguna serta dapat membantu proses capaian maklumat. Jadual isi kandungan, peta laman web, indeks dan sebagainya disediakan bagi laman web yang mengandungi banyak maklumat, maklumat disusun dalam hieraki atau dibahagi mengikut kategori yang memudahkan ia dicapai oleh pengguna, diberi maklumat berkaitan dengan di mana ia berada dan ke mana mereka boleh pergi seterusnya.
No comments:
Post a Comment