BILA SUARA BERGEMA

Gema suara itu bukan hanya suara milikku
Ia bergema sejak Adam terlontar ke bumi
menghulur tangan mengajak
kembali ke syurga Ilahi

Suara yang terlaung di dada langit itu
bukan hanya milikku
Ia akan jatuh ke bumi
menimpa seluruh umat
yang memahami...
Assalamualaikum,
buat anak-anak didikku di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan para pendakwah yang sudi menjenguk tingkap untuk mendengar suaraku. Di sini adalah medan da'ie yang harus diatur dengan strategi. Pesakit kita menanti di luar sana minta diubati. Beri mereka penawar yang boleh menyembuhkan untuk selama-lamanya- bukan hanya sementara. Oleh itu para da'ieku, jadilah perawat paling mahir dan berkemahuan tinggi. Moga perjuangan kalian nanti akan menjadi perjuangan yang tiada tolok bandingnya kerana tugas kita sebagai khalifah di muka bumi ini.
Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud;
"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

Thursday, March 26, 2009

KULIAH 10 POST PRODUCTION

Post production dilaksanakan selepas shooting selesai dilaksanakan.
Cara pertama:
1.Editing gambar
2.Penulisan Skrip
3.Dubbing
Cara Kedua;
1.Penulisan skrip
2.Dubbing
3.Editing gambar

Editing
¨Gambar-gambar hasil shooting akan dilihat dan ditayangkan untuk penilaian pengarah/penerbit.
¨Pengarah/penerbit akan menilai dan membuat rangka berpandukan storyboard yang pernah dihasilkan semasa proses pre-production.
¨Kronologi gambar akan dilistkan untuk panduan editor.
¨Editor akan menyusun gambar-gambar mengikut panduan yang sudah diberikan oleh Pengarah.
¨Editing boleh menggunakan pelbagai software yang ada di pasaran – Velocity dan Final Cut Pro dengan penggunaan komputer berkuasa tinggi seperti Macintosh.
¨Bagaimana editing dilakukan
¨Jumlah layer ditetapkan untuk menghasilkan effect pada gambar dengan pelbagai gaya dan cara yang paling menarik agar terdapat jalinan atau kesatuan idea dalam gambar.
¨Kesatuan idea dilihat melalui perpindahan antara satu gambar ke gambar seterusnya- aktiviti ini memerlukan kreativiti editor dalam memilih gambar yang dilonggokkan di hadapannya.
¨Jalinan gambar terhasil daripada tema yang sudah ditetapkan.
¨Setelah gambar dan kesan effect dimasukkan, penerbit/ pengarah akan menyemak semula gambar yang sudah disusun oleh editor.
¨Jika kekurangan gambar, penerbit/ pengarah akan melihat kembali gambar asal atau menambah footage lain (klip gambar video lain) dan membuat perbandingan terhadap jalinan idea pada gambar yang sudah siap diedit- penerbit/ pengarah akan memilih gambar yang sesuai atau membuang mana-mana gambar yang tidak berkenaan atau kelihatan janggal atau gambar berulang.
¨Jika terlebih daripada masa yang diperuntukkan (30 minit (gambar 21-22 minit)– 1 jam (gambar 45 -50 minit)- selebihnya utk iklan.
¨Penerbit/ pengarah akan mencadangkan gambar-gambar yang akan dibuang.

Scrip Writing
¨Penulis skrip akan melihat gambar yang sudah diedit.
¨Lakaran jalan cerita (plot) akan dilakukan;
1.Pendahuluan
2.Isi/ tubuh
3.Penutup
-fakta-fakta sejarah
-Nama-nama tokoh yang berkenaan
-Nama-nama tempat dan maklumat lain
¨Rangka skrip akan dibincangkan dengan penerbit/pengarah untuk persetujuan
¨Penerbit akan menilai rangka skrip dan menokok tambah atau memberi cadangan sebagaimana yang dikehendakinya.
¨Melalui panduan tersebut, penulis akan mula menulis skrip dokumentarinya.

Rangka Penulisan Skrip
¨..\treatment wayang kulit.doc
¨..\skrip wayang kulit.doc

The Pudovkin Theory
¨Gambar yang diambil mestilah mempunyai nilai kemanusiaan dan semulajadi.
¨Setiap gambar mestilah mempunyai maklumat yang penting dan relevan dengan tema cerita.
¨Maknanya, setiap shot yang diambil adalah berdasarkan maklumat yang sudah dikumpul terlebih dahulu.
¨Ambil gambar orang yang ceria dan kemudian gambar orang yang sama dalam keadaan yang sedang berkerut.
¨Masukkan/ sisipkan gambar-gambar berkaitan dengan orang tersebut
¨Contohnya, seorang lelaki tersenyum kemudian terdapat suasana pengeboman dan lelaki itu kini berasa sedih
¨Gambar-gambar yang disispkan mestilah bersifat negatif untuk memperlihatkan keberanian, perjuangan dan kepayahan watak.
¨Kemudian ambil gambar yang sama, tetapi bermula dengan watak dalam keadaan wajah berkerut, diikuti gambar sisipan kemudian barulah wajah itu tersenyum
¨Sisipan mestilah berupa sisipan yang positif untuk mengurangkan bebanan watak tersebut.

The Eisenstein Theory
¨Lakukan Cutting a scene dengan mencetuskan konflik.
¨Konflik akan lebih memfokuskan sesuatu acara untuk melihat makna secara lebih luas .
¨Banyakkan scene detail (terperinci) dan long shot hanya sesekali digunakan kerana ia boleh mengganggu dna terlalu terhad untuk digunakan.
¨Dengan fokus kepada detail, filem dokumentari akan dapat membina imaginasi penonton, dan mewujudkan kesan sinema yang hebat.

KULIAH 9: PRODUCTION

Produksi terbahagi kepada 5 bahagian;
—1. Style
—2. Visualization
—3. Shooting
— 4. Interview
— 5. Archival Material

1. Style
—Filem dokumentari dipersembahkan dengan pelbagai gaya (style).
—Pilih hanya satu gaya (style) yang sesuai dengan cerita yang kita pilih.
—Kesemua style yang digunakan pada masa kini boleh digunakan , tetapi cuba lakukan beberapa variasi/ perubahan agar lebih menarik atau menunjukkan kelainan dalam gaya persembahan kita.
—Beri pendedahan/ penjelasan tentang subjek yang kita pilih terus kepada khalayak melalui seorang pencerita/ narrator.
—Narrator boleh dijadikan subjek yang terpisah dengan filem.
—Ia hanya berperanan sebagai pengulas sahaja./ suara latar.
—Terdapat juga style pencerita yang bercerita dan ditunjukkan dalam filem kemudian disusuli dengan imej visual yang lain.
—Penggambaran akan lebih menarik dengan penggunaan pelakon, pentas dan seni pengarahan berbanding terus mengambil gambar apa yang dilihat oleh lensa.
—Lakukan pengamatan terlebih dahulu untuk memahami dunia yang akan kita pilih sebelum penggambaran dokumentari (to mirror the world).
—Pengamatan tersebut akan menjelaskan lagi pemahaman kita tentang perkara yang akan kita masukkan dalam dokumentari – lebih fokus dan proses penggambaran lebih mudah.
—Lakukan penggamatan secara tepat – lakonan semula memungkinkan akan berlaku lakonan yang tidak tepat apabila subjek atau pelakon cuba mengubah budaya atau kebiasaan corak hidup mereka apabila melihat kamera.
—Oleh itu, pujuk pelakon atau subjek untuk bertindak seperti biasa di hadapan kamera.
—Reflexive- adalah agak payah untuk mendapatkan kerjasama dari seseorang untuk dijadikan subjek utama dalam filem dokumentari ataupun pembuat filem tersebut membuat pengkisahan dirinya sendiri.
—Pembuat filem sendiri yang berlakon untuk menggambarkan aktivitinya – eg. Crocodile Hunter
—Subjek/ tokoh dipilih untuk melakonkan kembali aktiviti hariannya.

2. Visualization
—Buat Shot lists atau storyboards
-Penggunaan shotlist dan storyboard dalam penggambaran akan menjimatkan masa dan wang di samping memastikan kesinambungan struktur filem.
-Setiap shot digambarkan terlebih dahulu bagi membantu kita mengenalpasti peralatan, gaya dan kemudahan yang diperlukan- shot Framing, shot bergerak dan shot cerita.
- Sesetengah pengarah akan melihat shot list secara detail atau melihat storyboard filem yang dilukis semasa proses penggambaran.
—Undirected subject- Adalah susah jika kita memilih subjek yang tidak profesional sebagai bahan penggambaran, terutama untuk mendapatkan acting yang natural. Untuk mengurangkan tekanan ke atas subjek, bincangkan topik atau subjek tertentu dengan subjek agar mereka terlupa dengan kehadiran kamera.
—Directed subjects- Jika filem kita menggunakan gaya docudrama, pilihan tempat biasanya digunakan terutamanya untuk filem yang berbentuk pengembaraan (observational films )
—Kita terpaksa melakonkan semula budaya yang tidak dapat diambil gambar secara natural. Lakonan serupa ini adalah sukar dilakukan jika pelakonnya bukan profesional.
—Cuba set up situasi ini dengan situasi yang sebenar (real situation) dan cuba lakukan sebaik mungkin.

3. Shooting
—Situational awareness- kita akan kecewa apabila melihat sesuatu peristiwa yang menakjubkan tetapi kamera tidak bersedia untuk mengambil gambarnya.
—Semasa proses shooting, adalah penting untuk mempunyai sifat situational awareness, iaitu sensitif dengan persekitaran penggambaran agar kita mampu memperolehi gambar yang menarik di samping terus bersedia untuk mengambil gambar apa sahaja yang berlaku.
—Comprehensive coverage- Letakkan kamera dan mikrofon di tempat yang sesuai.
—Kedudukan yang jauh dari tempat penggambaran mungkin akan mewujudkan gambar yang jauh dan boleh juga kehilangan view kerana berlaku pengalihan perhatian (distraction).
—Tumpukan pada gambar close-ups pada aktiviti komunikasi bagi memberi perhatian kepada view subjek di samping mendapatkan gambar yang besar.
—Lakukan zooming secara minimum sebagai cara untuk mengubah situasi dengan hanya mengubah kedudukan lensa kamera kerana kelakuan ini akan mewujudkan shaking pada kamera pula.
—Kaedah Cinematic convention (perfileman)- ia merupakan cara terbaik untuk sesuatu penggambaran kerana kita akan memperolehi pilihan yang fleksibel semasa melakukan editing.
—Ambil establishment shot yang boleh membantu memperolehi view kawasan penggambaran dengan lebih luas. Kemudian lakukan master shot diikuti close-up shot dan cut-away shot dan aksi penggambaran akan dihentikan untuk mengambil gambar (shot) yang lain pula.

4. Interview
Interview merupakan komponen yang penting dalam pembikinan filem dokumentari kerana melalui interview, sesebuah filem akan memperolehi idea.
Walau bagaimanapun kita hendaklah berhati-hati agar tidak terlalu banyak shot seseorang sedang bercakap. Filem dokumentari perlu lebih banyak mengemukakan visual dan aksi daripada percakapan.
—Setting up the interview
—Conducting the interview
—Shooting the interview

Pre-interviewing
-Mula- mula pilih cerita yang paling menarik untuk dipaparkan di hadapan kamera daripada banyak maklumat tentang subjek yang didengar sebelum penggambaran dilakukan.
-Maklumat awal tentang subjek akan membantu mengenali subjek dan menjadikan subjek selesa berhadapan dengan kamera kelak.
-Ambil perhatian, subjek mungkin akan berasa gugup atau suara gementar semasa penggambaran. Persiapan pre-interview akan menghilangkan emosi tidak selesa subjek.
—Pilihan lokasi – Interview di luar boleh dilakukan jika kita boleh memastikan tiada gangguan suara, cuaca dan perubahan cahaya semulajadi yang boleh menyukarkan kawalan ketika visual penggambaran dilakukan.

Conducting the interview
—Preparing for the interview- lakukan homework untuki memperolehi maklumat tentang perkara yang kamu tidak ketahui mengenai subjek yang hendak ditanya kepada perucap.
—Soalan yang dikemukakan kepada perucap hendaklah terus kepada idea utama/ point yang dikehendaki. Jangan sesekali menunjukkan yang kita sudah mengetahui perkara yang sedang diperkatakan.
—Interview to edit- Siapkan sepenuhnya interview anda. Tanya sebanyak mungkin yang difikirkan relevan dengan subjek kerana adalah sukar untuk kita datang kembali membuat follow up dengan perucap pada masa yang lain.
—Pastikan visual dan audio sentiasa mempunyai perkaitan (continuity).
—Pastikan perucap tidak memakai pakaian yang terlalu cerah atau terlalu pudar yang boleh mengganggu view shot.
—Listen, listen, listen- Jangan paksa perucap dan lakukan interview s ecara hikmah. Diam dan dengar penjelasan subjek dengan teliti.
—Setup time- luangkan masa yang secukupnya untuk set up temubual yang akan dilakukan. Masalah teknikal akan menjadikan perucap boring dan kecewa.

—Eye line- Pandangan mata dalam kamera akan menentukan tahap sosial dan status seseorang.
—Semasa interview dilakukan, ia hendaklah dilakukan secara neutral.
—Pandangan mata terus kepada kamera akan mengganggu penonton, ia kelihatan seperti pembaca berita.
—Framing and focal length-Subjek diletakkan di satu tempat . Apabila subjek berada di kiri screen, dia perlu memandang ke kanan.
—Zooming dan framing
—Berhati-hati semasa melakukan zooming dan framing – jangan ubah zooming semasa subjek tengah bercakap. Tentukan framing terlebih dahulu dan biarkan sesi interview selesai.
—Setelah habis satu sesi interview atau hendak berubah ke soalan yang baru, framing dan zooming yang lain boleh dilakukan.

Interview sound
—Interview sound- kurangkan gangguan kebisingan yang boleh mengganggu penonton atau mengganggu pendengaran subjek. Letakkan mikrofon pada jarak dan level suara yang sesuai secara tetap (consistent) semasa interview.
—Aapabila sedang menjalankan interview secara indoor, matikan kesemua perkara yang boleh mengganggu interviews, termasuklah handphone, komputer, peti air, air cond dll.

5. Archival Material/ Dokumen sejarah
—Ia akan menjadi halaman sejarah dengan mengambil gambar-gambar lama untuk dokumentari yang dilakukan.
—Penonton perlu memahami setiap gambar yang dikemukakan dengan tepat.
—Sources- terlalu banyak sumber untuk kita mendapatkan bahan sejarah: museums, public libraries, movie studios, news paper and magazine etc.
—Copyright- all original work is subject to copyright restrictions. You are obligate to get permission to use copyrighted material.

KULIAH KE- 8 PENERBITAN VIDEO DOKUMENTARI ISLAM

Pengertian
—Video dokumentari Islam ialah media yang menggabungkan audio dan visual untuk menyampaikan maklumat tentang Islam.
—Video dokumentari mengandungi maklumat bersumberkan fakta yang dikumpulkan melalui penyelidikan dan disampaikan dengan pelbagai kaedah.

Maudu’
—Isi kandungan video ialah segala maklumat tentang Islam yang diperolehi melalui temuramah, observasi, pengkisahan , pengalaman, pengembaraan, penyelidikan dan pembacaan.
—Isi kandungan dikemukakan bertujuan untuk memberi pendedahan, penjelasan, penghuraian dan penghujahan tentang keelebihan dan kebaikan agama Islam sebagai agama yang syumul dan selamat.

Uslub
Sinematografi;
—Composition/ kedudukan gambar dalam kamera
—Lighting/ pencahayaan
—Object and image/ subjek- imej
—Suara latar
—Muzik
—Plot
—Bahasa
—Penyampaian bahan

PROSES PENERBITAN
—Proses penerbitan video dokumentari terbahagi kepada 3 langkah;
—Pre-production
—Production
—Post Production

PRE-PRODUCTION
—Penulis membuat perancangan untuk penerbitan sesebuah video dokumentari.
—Proses ini memerlukan pemikiran yang kreatif dan penyelidikan terlebih dahulu terhadap subjek yang hendak dipilih.
—Terbahagi kepada 2 proses iaitu proses treatment dan penentuan budget penerbitan.
—1. TREATMENT
—Proses ini mengandungi penjelasan tentang topik yang hendak dikemukakan dalam filem dokumentari
—Ia merupakan sebuah kertas cadangan tentang subjek yang hendak ditonjolkan , tujuan dan kepentingan penerbitannya
—( It generally conveys on paper what you are going to show and how you are going to show it.)
—Penulisan treatment merupakan langkah awal dalam pembangunan penulisan skrip dokumentari. Penyelidikan terhadap subjek akan dilakukan terlebih dahulu dan dijelaskan dalam penulisan draf pertama iaitu draf yang mengandungi struktur penerbitan video yang dirancang.

Treatment for Others
A valuable communication tool as it help funding sources to understand your vision and give them confidence that you know how and what you want to show.
—The production company will be able to see whether what you have proposed can be done within the budget.
a) Kertas cadangan
—Latar belakang subjek
—Objektif penerbitan
—Kepentingan
—Sasaran
—Metodologi : penyelidikan perpustakaan, temuramah, observasi
—Budget
—Rangka kerja penerbitan
b) Treatment dan penyelidikan
—Setelah proposal diterima, perbincangan akan dilakukan dengan stesyenTV.
—Barulah treatment akan dilakukan berserta dengan penyelidikan.
—Structure of a Treatment
—Tidak ada satu kaedah yang tetap dalam pembikinan treatment. Ia dilakukan mengikut kehendak sasaran.
—Ia mesti mengandungi kepentingan filem dan kenapa filem dokumentari kita begitu istimewa, tentang apa, bagaimana ia paparkan dan siapa yang akan menontonya.
—Penulisan treatment ini lebih kurang 2 – 5 halaman dan sesetengah pembuat filem mengemukakan sehingga 30 halaman.

Format treatment mengandungi perkara berikut;
—Summary
—Purpose of the film
—Approach of the film
—Content of the film
b) Storyboard
—Bahagian treatment ini mengandungi keterangan visual bagi setiap gambar yang akan diambil.
—Ia menjadi garis panduan kepada jurugambar semasa shooting dijalankan.
—Storyboard membantu penyusunan dan kesepaduan/ hubungan antara subjek dalam filem
—Setiap shoot yang digariskan dalam storyboard akan disesuaikan semula mengikut keperluan semasa shooting dilakukan.
—c). Budget
—Anggaran perbelanjaan akan membantu pengurusan kewangan sehingga filem selesai.
—The budget includes:
—Production Personnel- salaries for filmmakers, researchers, consultants and assistants

Right and Permissions:
Any distributed films must obtain rights and permissions for all copyrighted material that appears in the film. Copyrighted material includes music, footage (bahan visual), photographs, news clippings
and also includes fees for permissions and reproduction fees.
—Participants (Talent)- cost of narrators and actors

Production Expenses;
-Travel, Lodging and food: include cost of air fares, local transportation including train, cars, taxis and lodging expenses.
- Equipment: cost of owned, purchased and rented equipment.
- Crew: include the cost of production personnel: camera operators, sound recorders, lighting, grip, construction people and assistants
—Stock and Ratio
—Post production: cost of editing process, editor, translation cost, legal service

MENCARI TOPIK
Topik mesti baru atau mendekati tajuk daripada perspektif yang lain.
1. Meneliti minat peribadi
2. Berbicara dengan orang lain
3. Menggunakan Imaginasi
4. Membaca dan melakukan
5. Literature review

FOKUS TOPIK
Apabila memperolehi sesuatu topik, bentuknya belum sempurna. Faktor-faktor ini akan menjadi asas sesuatu idea;
1. Khalayak sasaran;
a. Siapa pembaca/ kumpulan sasaran
b. Perkara yang diketahui oleh pembaca tentang subjek atau topik
c. Perkara yang perlu diberitahu kepada pembaca tentang topik.
d. Perkara yang diminati oleh pembaca

TUJUAN
a. Tujuan hujahan
b. Tujuan pendedahan
c. Tujuan penjelasan
d. Tujuan pendidikan

Kenyataan tesis/ Tema
a.menyatakan pendirian atau pendekatan tertentu yang akan digunakan dalam penerbitan
b. Menonjolkan subjek yang wajar sebagai bahan.

PERANCANGAN BAHAN
—kenalpasti masalah - ungkapkan pernyataan tajuk - tajuk diselidiki - kumpul data pelbagai sumber - menjelaskan fenomena tajuk - analisa data utk sahkan bahan yang akan digunakan
—menyaring maklumat
—Merangka bahan/ treatment
—Peta Minda
—Mencari sumber bahan
Sebelum membuat penyelidikan, penyiasatan perlu dilakukan untuk mencari bahan yang berkaitan dengan sesuatu topik atau dikatakan literature review
1. Apakah jenis topik yang pernah dikemukakan oleh rancangan TV?
2. Apakah yag ditemui dalam penerbitan rancangan tersebut?
3. Apakah syor atau cadangan yang dikemukakan oleh penerbit?
4. Apakah yang belum ditayangkan?
5. Bagaimanakah topik boleh meningkatkan pengetahuan khalayak?
6. Apakah kaedah penerbitan yang digunakan oleh orang lain?
—Mencari bahan
—Perpustakaan
—Observasi
—Temuramah
—Penontonan
—Laman Web
—Eksperimen
—Menganalisis, menilai dan mentafsir bahan
—Sebelum memilih bahan, lakukan penelitian terhadap perkara berikut;
1. Bahan yang hendak diteliti dan digunakan dalam proses penerbitan
2. Kaedah yang telah digunakan oleh penerbit lain.
3. Tempoh masa dan kos yang terlibat

Proses Analisis bahan
Proses menilai data
– mengadun/ menganalisis data – membuat pentafsiran data dan analisis.Data ialah sebarang maklumat – angka, fakta, persepsi dll yang dikumpul untuk dianalisis.

Sumber Data – Sumber primary dan sumber sekunder
Sumber primary – kaitan langsung dengan subjek kajian – temubual, observasi, laporan, autobiografi, diari, fail, artifak, tesis, minit mesyuarat, catatan pengembara dan karya asal pengarang.Sumber sekunder – sumber perantara subjek yang dikaji – ulasan, makalah, buku-buku ilmiah.
Sumber autoritatif – tulisan klasik atau tokoh yang sudah establish atau tokoh pengkaji sesutu bidang secara intensif dan ekstensif dan diakui keilmuannya – Imam al-Ghazali, al-Shafi’I, Abu Yusuf, Ahmad Ibrahim (undang-undang). Khoo Kay Kim (Sejarah Malaysia) dll.
Sumber tidak berautoriti – penulisan dari yang tidak dikenali dalam bidang-bidang berkenaan.
Penilaian data/ bahan
—Disebut kritikan data yang dilakukan pada dua peringkat;1. Kritikan luaran – ketulinan dan kekuatan sumber data – kaedah penetapan hukum: tarjih, takhsis dan nasakh. a) Tarjih
—memperbandingkan asal-usul teks - bila dihasilkan, oleh siapa, siapa sebenarnya penulis dalam konteks ilmu dan zamannya (tentukan mana sumber yang paling kuat).

b. Takhsis – menilai dari sudut maksud umum atau khusus
—adakah kenyataan bersifat umum itu mempunyai penjelasan yang khusus?
—Tulisan untuk masyarakat umum atau pihak tertentu
c. Nasakh – menilai kekinian teks
—Menilai pendapat ulamak yang berbeza mengikut zaman, pengetahuan, tempat dan pengalaman.
—Perbezaan tarikh zaman akan membolehkan penulis memperbandingkan pendapat2 berdasarkan zaman dan keadaan.

Kritikan dalaman
—menilai ketepatan maklumat yang ada dalam dokumen berkenaan – cara membuat rujukan kepada pelbagai sumber mengenai maklumat yang sama, kesepakatan sumber tentang fakta, penjelasan konsep mengikut zaman dan budaya.

Analisis Data
1. Kaedah induktif dan deduktif dijelaskan. 1. Kaedah induktif/ induktif- generatif – semua maklumat dikumpul bagi menghurai fenomena kajian dan dicari hubungan-hubungan fakta-fakta atau keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk atau untuk merumuskan sesuatu gagasan fikiran.
2. Kaedah deduktif – Penyelidik menggunakan teori atau gagasan fikiran yang ada bagi membantu mengumpul data dan menjelaskan fenomena kajian untuk dibandingkan dengan yang berlaku – aplikasi teori dalam menyelesaikan masalah.
3. Analisis data – membanding, mengkategori dan menyusun data untuk menjelaskan sesuatu keadaan, membuktikan hipotesis atau menjawab soalan. Maklumat yang diperolehi dibandingkan dan ditentukan keabsahannya.
4. Pengkategorian – melakukan pemisahan data dalam kumpulan yang mempunyai ciri yang sama.
5. Penyusunan fakta –menghurai atau menjelaskan maksud-maksud tertentu – peristiwa disusun mengikut kronologi untuk jelaskan perjalanan sejarah atau bermula dengan fakta yang kuat kepada fakta yang kurang kuat.

Penafsiran Data
—Penafsiran data memerlukan kekuatan dan kekritisan pemikiran dalam memahami apa yang berlaku di sebalik data yang terkumpul. a. Data Kuantitatif – kaedah statistikb. Data kualitatif – keupayaan mental menanggap masalah kajian – menggunakan soalan mengapa.

Masalah dalam Analisis Data
1. Data khusus dikumpul untuk menjelaskan keadaan yang umum.
2. Data dikumpul tidak seimbang – Data lain /sampingan melebihi data utama.
3. Pengkategorian tidak dilakukan dengan cermat
4. Pengkaji tidak memahami betul-betul teori atau pemikiran yang digunakan.
5. Memahami data secara luaran sahaja – kemuka data tanpa analisis atau hanya berdasarkan persepsi awalnya sahaja.
6. Analisa tidak berasas,. Tidak tersusun dan tidak rasional- tidak ke arah objektif kajian.
7. Tidak selaras antara objektif, analisis, rumusan dan cadangan yang dikemukakan.

Pendekatan Penulisan
Pendedahan/penjelasan/exposition
- menghurai atau menjelaskan sesuatu meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan pengalaman, definisi, fakta, proses, peristiwa, idea, masalah, sejarah, analisis, pendapat dan apa sahaja yang boleh dihuraikan.
3 Prinsip penggunaan;
- Kepakaran penulis dan mahir tentang subjek
- Khalayak tidak memahami subjek
- Subjek tidak kontroversial dan khalayak hanya perlu tahu sahaja.

Penggolongan penjelasan;
I. Penjelasan konsep - pemakluman maklumat yang belum diketahui umum/ belum dilaporkan.
Ii. Penjelasan proses - pemakluman maklumat tentang proses sesuatu perlakuan atau pembuatan untuk dijelaskan kepada umum.
Iii. Penjelasan sejarah - pemakluman peristiwa/ maklumat secara pensejarahan

Pengenalan
—Bermula secara umum dan fokus kepada idea utama (tesis)
—Menyeronokkan, maklumat baru dan merangsang ingin tahu
—Ayat mudah, ringkas dan jitu

KULIAH 7 PROSES PRE PEMBANGUNAN LAMAN WEB

PENGENALAN
Reka bentuk – proses perancangan strategi untuk mempersembahkan maklumat yang diperlukan.
Menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, struktur, pendekatan atau strategi, jenis media dan teknologi yang digunakan dalam merekabentuk.
Mencapai objektif yang sesuai dan boleh dicapai oleh pengguna
Pendekatan sistematik pembangunan laman web
Proses pembangunan laman web yang melibatkan bidang pendidikan, latihan dan perniagaan memerlukan proses yang panjang, kos yang tinggi dan sentiasa dikaji kesesuaiannya.

Langkah pembangunan web dibahagikan kepada beberapa fasa;
1.Fasa pre-produksi
2.Fasa produksi
3.Fasa post produksi

Pre-produksi
1.Fasa menganalisis keperluan laman web
2.Fasa perancangan laman web
Fasa menganalisis keperluan laman web
-Tujuan penyampaian dakwah;
-- kanak-kanak, remaja, orang awam, warga emas, keluarga dll
-Akidah
-Syariah
-Akhlak
-Isu-isu pemikiran Islam

Fasa perancangan/ rekabentuk laman web
-Rekabentuk Informasi
-Rekabentuk interaksi
-Rekabentuk visual
Ketiga-tiga proses kerja dalam fasa tersebut saling berhubungan
Mengikut urutan yang dinyatakan;
(Informasi – Interaksi – Visual)

Pembangun akan menentukan informasi yang ingin disampaikan, seterusnya pereka bentuk menentukan bagaimana informasi disusun dan diorganisasikan untuk memudahkan interaksi antara informasi yang disediakan dengan pengguna. Akhirnya apabila semua informasi dan jenis interaksi bersesuaian ditetapkan, barulah antaramuka atau visual laman web tersebut ditentukan.

Rekabentuk informasi
apakah produk atau bahan yang ingin dibangunkan
strategi yang akan digunakan dalam proses penyampaian maklumat atau informasi
kenalpasti sasaran
proses merancang dan mengatur isi kandungan dan maklumat

Rekabentuk interaksi
Menentukan bagaimana laman web berfungsi dan beroperasi
Perjalanan laman web dilakarkan
Jenis-jenis interaksi, sistem navigasi, penetapan elemen kawalan yang lain bagi laman web akan ditetapkan
Dipersembahkan dalam bentuk papan cerita atau storyboard.

Rekabentuk visual
Menentukan bagaimana rupabentuk laman web akan dibangunkan
Dikenali sebagai rekabentuk antaramuka atau rekabentuk persembahan
Warna, jenis media, bentuk paparan, saiz media yang digunakan
Proses pembangunan prototaip laman web yang akan dibangunkan akan dihasilkan.
Ramai pereka tenggelam dalam dunia estetika sehingga lupa tentang pengguna
Terdapat juga yang terlalu memikir kegunaan laman web sehingga melupakan visual.
Rekabentuk laman web bukan sahaja cantik dipandang tetapi mudah dan selesa untuk digunakan.

Dokumen reka bentuk laman web
Memerlukan kerja sama individu dengan pelbagai kemahiran utk bekerja dalam satu kumpulan;
-Perekabentuk
-Pengaturcara
-Artis grafik
-Juru animasi
Oleh itu, panduan kerja perlu disediakan untuk pastikan terdapat kesinambungan dalam rekabentuk yang digunakan serta perkembangan projek yang diusahakan seterusnya.
Dokumen ini membolehkan individu2 dengan pelbagai kemahiran ini disatukan agar boleh bekerja dengan lebih sistematik dan berkesan.
Dokumen ini juga diperlukan bagi mengesahkan reka bentuk laman web
Memudahkan proses komunikasi, aliran idea serta proses kerja antara pihak yang terlibat dalam proses pembangunan kelak.
Dokumen diperlukan untuk mengelakkan drpd membuang masa dan tenaga.
Dokumen diperlukan mengandungi semua maklumat yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek pembangunan laman web dilaksanakan.
Kandungannya – bagaimana maklumat disampaikan, bagaimana boleh dicapai dan bagaimana dipersembahkan kepada pengguna.

Dokumen reka bentuk informasi: keterangan ringkas laman web dan carta alir
Rekabentuk informasi – pengarang – pakar isi kandungan, penulis skrip dan perekabentuk interaksi
Idea atau cadangan penulis skrip digambarkan dengan lebih jelas dalam bentuk skrip atau keterangan ringkas laman web.
Ia berbentuk penerangan bertulis, gambaran kasar mengenai hasil akhir aplikasi atau laman web yang akan dibangunkan.

Keterangan ringkas laman web
memberi tumpuan kepada perjalanan cerita atau rekabentuk laman yang dibina.
Menerangkan bentuk strategi penyampaian maklumat, pelaksanaan latihan serta suasana pengajaran yang digunakan (jika untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran).
Contoh keterangan laman web (Pendidikan)
Bermula dengqan penggunaan animasi yang bersesuaian, sistem pembelajaran menerusi web bermula dengan pemaparan laman utama. Paparan empat warna pilihan menu untuk kegunaan pelajar.
Bagi pelajar pertama kali menggunakan sistem pembelajaran yang disediakan, digalakkan mencapai dua pilihan, iaitu pengenalan projek dan pelaksanaan projek.
Bagi pelajar yang lain, boleh terus ke memulakan projek atau mana-mana laman sokongan

Pilihan pelajar
Pelajar yang memilih “Mulakan Projek”, paparan pilihan untuk melaporkan diri atau menerima arahan kerja dari guru bimbingan.
Seterusnya pelajar berpeluang memulakan tugasan. Pelajar boleh mendaftar diri, menerima arahan tugas, membaca memo atau arahan kerja.
Apabila pelajar mendaftar, boleh mula menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh sistem sama ada secara peribadi atau secara berkumpulan.
Contoh keterangan ringkas laman web (perniagaan)
Laman utama memaparkan logo syarikat dan nama syarikat. Kesan animasi dimainkan dan kekal di bahagian penjuru kanan laman. Pilihan menu akan dipaparkan.
Pilihan menu mengandungi;
1. Profil syarikat
2. Produk/ servis yang ditawarkan
3. Portfolio
4. Tempahan
5. Maklumat lanjut

Carta alir
Carta alir atau flowchart menggambarkan bagaimana laman web akan bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
Ia juga merujuk kepada persembahan proses penyelesaian masalah secara aliran data berasaskan simbol;

Contoh carta alir (dapatkan daripada ketua anda)

Kuliah 5 Kesan dan permasalahan ICT terhadap umat Islam

MEDIA SEBAGAI MODEL
—Media menjadi ancaman baru terhadaqp Islam
—Masyarakat barat menyalahgunakan kuasa media sebagai senjata untuk memusnahkan umat Islam
—Media juga mampu meracuni pemikiran umat Islam
—Serangan media tidak mampu ditangkis oleh umat Islam;

ANCAMAN MEDIA
1.Media cetak – majalah, suratkhabar
2.Media penyiaran – iklan, filem, artis, lagu
3.Media maya – internet/ laman web

1. Memberi gambaran buruk terhadap Islam
—Media menggambarkan unsur negatif umat Islam untuk merendah-rendahkan Islam
—Faktor kemiskinan dikaitkan dengan umat Islam
—Faktor kemalasan
—Pengganas
—Saddam Hussein dikatakan sebagai Adolf Hitler, padahal, kuasa-kuasa besar Barat yang menjadi punca peperangan untuk kepentingan mereka

2. Pengaruh berbagai-bagai model Barat
—Budaya Barat disalurkan melalui media melalui para artis dan bintang filem- gaya, kelakukan, cara berpakaian dan cara hidup.
—Pemikiran liberal, Sekularisme dan sosialisasi tanpa batas diserap tanpa disedari
—Remaja- suka meniru imej / mencari identiti
—Remaja tidak dibekalkan dengan pegangan akidah yang kuat mudah hanyut.
—Gejala sosial meluas

3. Paparan media memesongkan akidah umat Islam
—Pendedahan media mendidik umat Islasm menjadikan budaya barat suatu kelaziman tanpa disedari.
—Pendedahan tanpa kawalan terutama sejak kanak-kanak menimbulkan konflik antara paparan media dengan tegahan ibubapa, guru dan tokoh agama
—Konflik berlaku dan tidak boleh diatasi jika tiada bimbingan yang mengiringi kanak-kanak sehingga ke alam dewasa
—Input di media memaparkan perkara yang buruk dan ditegah sebagai suatu yang boleh menjadikan seseorang hidup senang atau kaya spt, mencuri dll.
—Kajian mengatakan, kanak-kanak suka memilih tunjuk ajar media berbanding ibubapa.

4. Media mengeksploitasi wanita
—Islam menghormati dan mengangkat martabat wanita. Sabda Rasulullah SAW, “Dunia ini harta benda dan sebaik-baik harta benda adalah perempuan yang solehah”
—Media mengeksploitasi wanita untuk dapatkan keuntungan
—Iklan-iklan menggunakan wanita cantik sebagai daya penarik sesuatu produk.
—Pakaian menjolok mata, adegan pergaulan bebas – timbul fitnah, Sabda Rasulullah SAW, “Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya terhadap lelaki selain wanita”
—Wanita pula terikut-ikut dgn personaliti yang ditunjukkan – berusaha mencantikkan diri sehingga menimbulkan pembaziran dan tabarruj.

5. Media menghancurkan institusi kekeluargaan
—Islam merealisasikan keperluan biopsikolsosial antara lelaki dan wanita melalui institusi perkahwinan
—Media memaparkan nilai yang bertentangan – amalan seks bebas, tinggal serumah, keluarga kacau-bilau, hubungan keluarga renggang, filem lucah dll
—Kesannya remaja terutama tanpa segan silu mengikut budaya barat sehinggga lahir istiulah Bohjan, bohsia, penkid, gay
—Gejala ini jika tidak dibendung akan menjatuhkan umat Islam
—Al-Baqarah, ayat 120, “Orang Yahudi tidak akan senang kepada engkau, begitupun orang Kristian, hanyalah jika engkau mengikut agama mereka…”

6. Aliran maklumat tidak seimbang
—Ketidakseimbangan maklumat - maklumat dari negara maju mengalir banyak , pantas dan pelbagai jenis ke negara membangun- pengaliran sehala
—Kajian di di Amerika mengatakan kandungan maklumat tentang dunia membangun dalam media amat sedikit.
—Kajian di Malaysia, amat banyak dan pelbagai maklumat disiarkan tentang negara maju.
—Tindakan ini menguntungkan negara maju
—Pengetahuan yang terhad terhadap negara membangun mewujudkan maklumat bersifat negatif- cadangan negara membangun tidak diyakini, dicurigai – wujud ketidakbebasan berucap- PBB, OIC
—Negara maju berpegang teguh dengan kekuasaan mereka ke atas pelbagai badan dan saluran pengalir maklumat antarabangsa – berita peperangan; meihak kpd Amerika

7. Ledakan media elektronik
—Berlaku revolusi perutusan atau masyarakat maklumat (the information society)
—Ledakan maklumat dihujung jari, data dan maklumat terkumpul dan disimpan dalam ingatan komputer
—Dari rumah – membeli belah, membayar bil, belajar, transfer kredit, semakan akaun, tempahan tiket, maklumat jualan, maklumat perpustakaan, Maklumat pelbagai, TV, surat khabar, tempahan hotel, telefon (YM, Skype), kedai maya dll
—Kreativiti – lukisan 3D, Animasi
—Jenayah – ceroboh sistem komputer untuk curi maklumat, curi duit dari bank
—Video games – melahirkan kanak-kanak dan remaja yang sukakan hiburan berbanding pelajaran.

8. Kredibiliti Maklumat
—Pemikiran masyarakat dipengaruhi dan terdedah dengan bahan palsu dan fitnah
—Internet menyebarkan maklumat tanpa pengawasan dan penapisan – menjadikan maklumat tiada credibility
—Kandungan maklumat boleh dipertikaikan – dipertikaikan dan kesannya merosakkan pemikiran masyarakat untuk menolak kebenaran.
—Pengaruh terhadap pembelajaran dan budaya hidup dan budaya ilmu.

9. Hilang minat membaca
—Masyarakat suka mendapatkan maklumat daripada internet dariupada buku-buku sama ada bahan itu sahih atau tidak.
—Bahan-bahan diinternet bercampur-aduk antara yg hak dan yg batil.
—Tradisi keilmuan terencat – banyak maklumat daripada internet tetapi asas ilmu menjadi terlalu dangkal.

10. Jenayah siber
—Pesanan barangan menggunakan pihak yang tidak wujud – invois bayaran yang tidak berharga —Vendor menghantar e-mail untuk pemalsuan pengenalan diri – iklan atau brosur palsu
—Pemalsuan sumber – surat berita atau analisa pasaran
—Pemalsuan maklumat diri / kuiz, skim dll.

CARA MENGATASI
—Meningkatkan kemampuan IT
—Meningkatkan kemampuan membina sistem maklumat
—Menggunakan IT untuk faedah umat
—Menggunakan IT untuk penyebaran dakwah

DALIL
—“Sesungguhnya orang yang menyampaikan itu lebih memahami dari mereka yang mendengar semata-mata” (Riwayat Abu Daud)
—“Sampaikan apa yang engkau tahu dariku walaupun satu ayat” (Riwayat al-Tirmidzi),
—“dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar, dan merekalah orang yang beruntung” (al-Imran ayat 104)

Monday, March 9, 2009

KULIAH 4: FAKTOR TARIKAN MULTIMEDIA DAKWAH

Elemen Multimedia
Gabungan elemen multimedia;
Teks
Grafik atau imej atau animasi
Bunyi/ sound
Video

Diproses oleh processor tertentu;
Adobe Premier
Video Studio
Pinacle
Final cut pro
Velosity
Macromedia flash mx
Video maker converter
Adobe photoshop
Adobe Ilustrator

Faktor Tarikan : Tujuan
Tujuan – mengikut sasaran yang dituju- dakwah/ perniagaan/ peribadi / pendidikan/ hiburan dll;
orang bukan Islam
Remaja Islam
Kanak-kanak Islam
Saudara baru
Golongan OKU
Golongan korporat
Masyarakat umum

Tujuan Komersial
Laman web perniagaan/ usahawan da’ie
Formal, kemas dan sentiasa dikemaskini
Kemudahan interaktif dari aspek carian dan pembelian produk yang dipasarkan
Perlukan sistem keselamatan yang tinggi bila menawarkan transaksi kad kredit, dan pemindahan akaun bank.
www.ixora.com.my - ixora.htm
www.kursusfertigasi.com - Kursus fertigasi.htm

Tujuan kerajaan
Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan
Menyampaikan maklumat untuk keperluan rakyat
Ringkas dan formal
www.islam.gov.my- Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.htm
www.ikim.gov.my- ikim.htm

Tujuan komuniti atau perkhidmatan masyarakat
Menawarkan maklumat kepada kumpulan pengguna tertentu berdasarkan persamaan ciri spt minat, kepercayaan, keperluan.
Laman kempen, persatuan.
Rekabentuk yang ringkas tetapi mengandungi maklumat yang diperlukan oleh pengguna
Menggunakan URL .org
http://usahawan-daie.blogspot.com- Institute Dr Raudah_files
http://ad-dakwah.fotopages.com- Fotopages.com.htm

Tujuan pendidikan
Laman kolej, universiti, maktab, sekolah dan institusi pendidikan lain
Formal dan kemas dan menyediakan capaian maklumat khusus untuk pelajar, bakal pelajar
Maklumat penyelidikan, penerbitan, pembelajaran, latihan
www.um.edu.my - University of Malaya Official Website.htm
www.utm.my- UTM - Universiti Teknologi Malaysia.htm
http://elearning.utm.my/-

Tujuan peribadi
Laman web paling popular
Dihasilkan oleh individu sebagai hobi, promosi diri, eksperimen, dairy harian, cetusan perasaan, cetusan pemikiran
Rekabentuk tersendiri mengikut citarasa peribadi.
www.afyan.com-
www.cikguazrin.blogspot.com- cikguazrin.html

Tujuan hiburan
Menawarkan maklumat berkaitan artis, pelakon dll elemen berkaitan dengan dunia hiburan.
Lengkap, menarik, disokong pelbagai teknologi media moden.
Boleh juga ringkas dan biasa
www.telagabiru.com.my- telaga biru serve.php.htm
http://www.raihan.com.my- raihan.htm

Faktor Tarikan : Isi kandungan
Pengguna web melayari web untuk mencari maklumat yang dikehendaki.
Web mestilah mengandungi maklumat yang berkualiti dan bermanfaat
Bagaimana cara Isi disusun dan dipersembahkan, strategi atau pendekatan yang digunakan dan isu-isu yang dipersembahkan.

Faktor Tarikan : Visual
Merujuk kepada rekabentuk skrin yang menjadi perantara laman web dengan pengguna.
Apa saja yang dilihat oleh pengguna adalah elemen visual
Rekabentuk visual meliputi rekabentuk antaramuka, interaksi, rekaletak dan penggunaan media spt grafik, animasi, stail, pemilihan warna teks dll.

Berasaskan teks
Dibangunkan dengan teks sebagai elemen utama dalam proses penyampaian maklumat
Lebih memberatkan isi kandungan dan bukan keceriaan atau estetika.

Berasaskan grafik
GUI (Graphical User Interface) grafik sebagai perantara atau antaramuka dgn pengguna
Perhubungan berasaskan penggunaan grafik – menu, butang, ikon, tetingkap.
http://disney.go.com/

Berasaskan Corak
Corak formal: perniagaan, latihan, pendidikan –rasmi, serius dan konservatif
Corak tidak formal: kanak-kanak, permainan, hiburan- bebas, pelbagai ragam
Animasi 3D, 2D, klip video, foto pegun

Faktor Tarikan: Metafora
Metafora ialah sejenis peta imej istimewa yang menggunakan imej dalam konteks yang bermakna
Mempersembahkan informasi dlm bentuk objek, lokasi, peranti elektronik (spt: VCR) dll
Utk laman yang kompleks - katalog, pengembaraan, pendakian dll

Berasaskan metafora
Elemen kehidupan seharian diterap masuk sebagai antaramuka pengguna sesebuah laman web.
Suasana makmal sains, kedai buku, meja kerja pejabat, ruang kenderaan dll
Laman tujuan pembelajaran – sediakan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik dan realistik.
www.nationalgeographic.com/xpedition/hall
http://www.toronto.ca/greatcity/

Faktor Tarikan : Teknologi
Teknologi yang digunakan dalam proses pembangunan: statik, dinamik atau interaktif
HTML, DHTML, ASP, PHP, XML, Java, Java Script dll
CSS (cascading style sheet) proses pembangunan lebih mudah diurus, kemas dan konsisten serta pantas.
Blog dan CMS (Content Management System) laman web interaktif, mudah, pantas tanpa belajar bahasa HTML, templat disediakan

Faktor Tarikan: Penyebaran
Web dicapai menerusi rangkaian komputer dan internet
Bergantung dengan kelajuan dan kestabilan talian internet yang digunakan.
Laman web yang lambat dibuka, tidak akan dibuka.
Kaedah mempromosi laman web: group, e-mail, sms, melayari web orang lain, tulis dalam kad nama, iklan dll.

Faktor Tarikan: Pendekatan
Pendidikan untuk kanak-kanak – bentuk permainan atau penjelajahan- guna tetikus dan gambar untuk di’klik’
Orang dewasa – lebih banyak arahan dan panduan penggunaan lengkap, pilihan menu, help button, hos dll
Selamat berfikir untuk merekabentuk laman anda…

KULIAH 3: Jenis-jenis penerbitan multimedia dakwah dan ciri-cirinya

KOMUNIKASI DAKWAH
DA’IE
Kebolehan berkomunikasi dengan menggunakan teknologi yang canggih merupakan cara memenuhi permintaan sasaran masa kini– pendakwah perlu cekap mencari, mengumpul, mengkaji, memilih, memproses dan mentafsir maklumat daripada pelbagai sumber.
Pendakwah menggunakan teknologi media untuk menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Teknologi media memerlukan kreativiti dan kepakaran penggunaannya untuk tujuan berdakwah.
Ia juga menjadi senjata sebagaimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; "Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda, dengan demikian kamu mempertakuti musuh Allah dan musuhmu..."

Wujud usaha kerjasama pintar dan sinergi di antara golongan agama dengan golongan teknologis dalam menyampaihan tanggungjawab menegakkan syiar dan syariat Islam.
Da’ie tidak perlu menonjolkan diri mereka kepada sasaran kerana selalunya mad’u begitu "takut" dengan imej golongan pendakwah.
Penggunaan ICT membolehkan pendakwah menghampiri mad’unya tanpa menunjukkan wajahnya.
Contohnya, kanak-kanak dan remaja, menggemari animasi dan kartun – Muhammad Utusan Terakhir terbitan Saba’ Media.

WASILAH(MULTIMEDIA)
Penggunaan dua atau lebih jenis atau bentuk media (video bergerak, audio, gambar, grafik, animasi, teks dan sebagainya) untuk menyampaikan maklumat.
Perkembangan masa kini memaksa pendakwah untuk menggunakan kepelbagaian media untuk tujuan berdakwah.
Bahan rujukan diperolehi dengan kepelbagaian jenis dengan ruang penyimpanan yang minimum dan ringan.
Buku-buku yang berat tidak perlu dibawa ke mana-mana dengan perpindahan kitab-kitab ke dalam bentuk CD atau website dengan penyampaian lebih menarik dan interaktif.

Mad’u
Golongan muda masa kini kebanyakannya mempunyai pengetahuan dalam pengkomputeran.
Bahan-bahan rujukan dalam bentuk multimedia banyak dan mudah diperolehi
Kemudahan internet dan multimedia perlu pengawalan dan pengawasan.
Mad’u akan terbentuk menjadi individu sebagaimana maklumat yang diperolehi – mempunyai pengetahuan agama di samping pengetahuan teknologi maklumat.

Islam menggalakkan umatnya menceburi bidang-bidang yang membawa pembaharuan kepada perubahan yang jelas kebaikannya.
Surah al-Baqarah ayat 269 yang bermaksud;
"Dia memberikan hikmah (ilmu yang berguna) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa mendapat hikmah itu, sesungguhnya ia telah mendapat kebajikan yang banyak; dan tiadalah yang menerima peringatan, melainkan orang yang berakal."
Dr. Yusuf al-Qaradawi menjelaskan pendakwah perlu menguasai atau sekurang-kurangnya berpengetahuan tentang perkara moden atau penemuan2 terkini.

HALANGAN DA’IE
Penguasaan Ilmu IT – kurangnya tenaga pendakwah yang menguasai IT, kurang keupayaan menguasai bahasa Inggeris, kurang penguasaan ilmu Islam
Kurang kerjasama – kejayaan perlu kerjasama dari beberapa individu, institusi dan organisasi (IKIM, JAKIM, JAIN)– wujudkan web dakwah yang seragam/ teratur dan bersifat global dan kurang kerjasama mengatasi persoalan masyarakat melalui web
Kurang kefahaman – masyarakat tidak faham konsep tanggungjawab berdakwah (khalifah) ke atas setiap individu

HALANGAN MAD’U
Kurang ilmu – tidak faham penggunaan IT, tidak faham ilmu2 Islam dan tidak faham tanggungjawab sebagai umat Islam, sikap tidak mahu belajar ilmu2 Islam
Tidak bekerja sama – meletakkan tugas berdakwah hanya kepada institusi tertentu dan orang tertentu serta menentang usaha dakwah
Mudah terpengaruh – fitnah, dakyah, penyelewengan, salah faham, sesat, jahil, hiburan

MAUDU’ AD-DA’WAH
Ajaran Islam dan maklumat tentang Islam dari segala aspek kehidupan manusia: akidah, syariah, akhlak, al-Quran, hadis, asas maklumat Islam
Sesuai dengan kumpulan sasaran (jantina, umur, pendidikan, persekitaran, agama, bangsa, budaya)
Pendedahan persoalan semasa/gejala sosial untuk iktibar dan pembangunan umat keseluruhannya
Pembujukan- ajakan, nasihat, pesanan ke arah melakukan kebaikan dan amaran perlakuan kejahatan, kelebihan agama Islam dan garis panduan
Kesenian Islam – kaligrafi al-Quran, muzik Islam, taranum
Sesuai dengan sasaran
Bil hikmah, mawizah al-hasanah, al-mujadalah
jelas, mudah difahami, terang, cantik, menarik, interaktif, teragih
Bersepadu –penyatuan maklumat Islam
Merangsang deria penglihatan dan deria pendengaran
Membuka minda
Kesederhanaan
Kebenaran

JENIS-JENIS MULTIMEDIA DAKWAH
TELEVISYEN – Drama, muzik, rancangan agama, dokumentari, diskusi, rancangan realiti
RADIO – Drama, muzik, temuramah, diskusi, rancangan agama, belajar bahasa Arab, soaljawab agama, Tilawah online
SOFTWARE / COMPACT DISK (CD)/ DIGITAL VERSATILE DISK (DVD)/ VIDEO COMPACT DISK (VCD) – e-pekak, Bacaan al-Quran, e-tahfiz, dokumentari Islam, muzik Islam, ceramah, e-Quran, e-hadith, e-perbankan
TELEFON BIMBIT – 3G, MMS, SMS, GPRS: arah kiblat, e-solat, pesanan, peringatan, e-kad: salam hari raya, ajakan, nasihat, tazkirah, kiriman lagu, kiriman gambar
OVERHEAD PROJECTOR/ LIQUID CRYSTAL DISPLAY (LCD), POWER POINT- penggunaan alatan pandang dengar untuk ceramah, kuliah dan pengajaran
E-LEARNING- pengajaran online melalui satelit, seminar, ucapan, ceramah dll
WEB SITE – Laman rasmi yang pelbagai maklumat tentang Islam; sistem kemusykilan agama, e-rujukan, e-zakat, maklumat hal ehwal Islam, e-forum, e-fatwa, e-solat dll
a. Newsgroup/ Kumpulan Berita- tempat perbincangan tentang Islam dan perbahasan permasalahan islam, bertukar-tukar pendapat, maklumat dan isu-isu semasa dengan bimbingan moderator (da’ie) yang menggerakkan isu perbincangan
b. Internet Relay Chat/ Perbualan Geganti Internet – Komunikasi perbualan secara online antara individu (YM, Skype)
c. Frequently Asked Question (FAQ)- pangkalan data untuk bermuzakarah dalam soaljawab agama atau soaljawab portal
d. Perpustakaan Maya Islam – seluruh maklumat tentang ilmu-ilmu Islam, direktori tokoh-tokoh Islam, Encyclopedia Islam, Kitab Turath
e. E-mail – laman kaunseling dan rundingcara Islam secara komunikasi dua hala, jaringan pendakwah
f. Cyber Taklim – ruangan nasihat, kata-kata hikmah, fadilat ibadat, peringatan waktu solat, salam raya laman web, arah kiblat, kalendar online, e-hadith, e-halal, e-khutbah
g. YOUTUBE – video dokumentari, ceramah, diskusi, temuramah, peristiwa ganjil, drama, kejadian alam, cara-cara solat, cara berwudhuk, kelebihan madu lebah dll.
h. Online album – gambar-gambar kejadian dan keindahan ciptaan Allah.
i. E-muzik – download lagu-lagu dakwah/ nasyid dan lirik lagu
j. Online TV – rancangan- rancangan On Air yang lepas seperti Forum Perdana, Halaqah, Akademi Nasyid, Akademi al-Quran

CONTOH WEBSITE
www.ikim.gov.my
www.islam.gov.my
www.yadim.com.my
http://usahawan-daie.blogspot.com
www.afyan.com
www.e-ulama.org
www.e-pondok.net

SEKIAN dulu….

KULIAH 2: IT DAN ERA LEDAKAN MAKLUMAT

Information CommunicationTechnology (ICT);
Teknologi – penggunaan peralatan dan pola pemikiran yang sistematk dan aktiviti untuk mengawal fenomena fizikal dan biologikal dalam urusan bagi menyediakan kehendak-kehendak manusia dengan usaha yang minimum dan kecekapan yang maksimum. Teknologi sifatnya berkembang selari dengan penyelidikan manusia
Information communication– kebolehan berkomunikasi untuk menyampaikaan himpunan maklumat yang menjadi modal dan bahan mentah, menggunakan teknologi yang canggih.

Era ledakan maklumat
Lambakan maklumat dalam era ICT memungkinkan individu Muslim menghadapi kesukaran untuk menemui maklumat yang bermakna.
Pelbagai persoalan: ekonomi, politik, persoalan negatif, dakyah, perjudian, penghinaan, ajaran sesat
Lambakan maklumat dan ICT banyak membawa perubahan kepada masyarakat islam di seluruh dunia dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Impak terbesar kepada pengurusan pentadbiran umat Islam, semua bidang – pendidikan, penyelidikan, perubatan, agama, dakwah
Kesannya proses globalisasi semakin cepat berkembang menjadikan dunia semakin mengecil
Manusia yang meng’access’ akan terbuka kepada pelbagai idea, pemikiran dan terdedah dengan pelbagai maklumat sama ada yang baik atau yang buruk.

Manfaat ICT
Berhubung melalui e-mail
Perkongsian maklumat (file sharing)
Membuat booking bilik mesyuarat
Membuat appointment mesyuarat
Meng’access’ internet
Transport & petty cash claims
Berdiskusi melalui forum
Punch-card- attendance leave
Kesemuanya meningkatkan produktiviti pekerjaan.
Maklumat Islam dalam ICT
Kutbah mingguan
Kemusykilan agama
i-zakat/ zakat portal
Direktori tokoh2 Islam
CD-ROM multimedia tentang Islam untuk orang bukan Islam
Kalendar online

Masalah ICT dan ledakan maklumat
Pengaruh negatif internet
Pengurangan ruh ibadat
Pengurangan komunikasi manusia
Keterbukaan tanpa pengawalan
Mass mailing/ surat fitnah/ berita tidak sahih
Nilai akhlak menurun
Peningkatan kadar jenayah siber
Penyebaran ideologi/ pandangan extremis
Ketagihan dan antisosial

Kawalan penggunaan ICT
Di Singapura : 3 badan penguasa; www.sba.gov.sg
Penguasa Penyiaran Singapura (SBA) – memberi garispanduan pengawalan penggunaan internet- Internet Code of conduct;
Pengharaman semua kandungan laman pornografi
Pengharaman kandungan yang boleh menjelaskan keharmonian dan kestabilan masyarakat dari segi politik, agama dan bangsa.
Badan-badan atau individu yang ingin memasukkan bahan-bahan berunsur politik dan agama diwajibkan mendaftarkan laman web mereka di SBA
Skim lesen kelas Internet dan kod tibdakan internet (1999) – rangka asas untuk meminimumkan pengembangan internet, menggalakkan kesedaran awam tentang bahaya dan positif internet, menggalakkan industri menentukan taraf kawalan sendiri dan menginstitusikan polisi kawalan bahan dan diperkemaskan.

Jawatankuasa Penasihat Internet Kebangsaan (NIAC)
a.Memberi maklumbalas dan nasihat mengenai garispanduan SBA
b. Mengenengahkan pandangan dan tangapan masyarakat mengenai kesan media
c. Mengutarakan teknologi baru
d. Menyarankan usaha-usaha pendidikan

Kumpulan Penasihat Ibubapa bagi Internet (PAGi)
Mengadakan kerjasam dengan industri dan agensi pemerintah untuk mengggalakkan safe surfing dna mendidik ibubapa tentang keselamatan online- bimbingan untuk anak-anak
Mengendalikan bengkel-bengkel latihan penggunaan internet untuk ibubapa di sekolah
Mewujudkan forum diskusi untuk menyarankan laman yang sesuai untuk kanak-kanak.
Menganjurkan forum antarbangsa ‘safe surfing’ yang menarik penyertaan pakar dalam pengawalan penggunaan internet.

Rujukan lanjut;
Abu Bakar Abd Majid dan Sarina Othman (ed) (1998) Cabaran Teknologi Maklumat dan Internet: Agenda Umat Islam. Kuala Lumpur: IKIM
Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh (ed) (2000) Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: IKIM
Kertas kerja, "Seminar berdakwah menerusi ICT", anjuran Kerajaan negeri Melaka pada 9 – 10 September 2002 di Hotel The Golden Legacy
Kertaskerja, "Seminar Era Ledakan Maklumat dan Fenomena Langit Terbuka", anjuran Institut Agama Islam Negeri Kedah pada 19 – 20 Ogos 2000 di Hotel Renaissance, Langkawi

KULIAH 1: PENGENALAN MULTIMEDIA DAKWAH

PRO-FORMA KURSUS
Minggu 1: Pengenalan Teknologi Media sebagai metod dakwah
Minggu 2: IT dalam era ledakan maklumat dan kepentingannya dalam dakwah
Minggu 3: Jenis-jenis penerbitan multimedia dakwah dan ciri-cirinya
Minggu 4: Faktor tarikan terhadap e-dakwah dan tekno –da’ie
Minggu 5: Kesan dan permasalahan IT terhadap umat Islam
Minggu 6: Blog dan bloggers: Kesan kepada pendakwah
Minggu 7: Pre-production laman web
Minggu 8: Proses production laman web
Minggu 9: Proses post production laman web
Minggu 10:Pre-production video dokumentari dakwah
Minggu 11:Proses production video dokumentari dakwah
Minggu 12: Proses post production video dokumentari
Minggu 13: Pemasaran e-dakwah
Minggu 14: Pelancaran multimedia dakwah

Kuliah 1
PENGENALAN TEKNOLOGI MEDIA SEBAGAI METOD DAKWAH
PENGENALAN
Aktiviti dakwah ialah suatu usaha membawa manusia ke jalan Allah dengan cara dan kaedah tertentu.
Kaedah menggunakan komunikasi massa sangat berpengaruh terutama dalam masyarakat moden yang berhadapan dengan perkembangan teknologi komunikasi.
Media sebagai alat penyampai bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan semata-mata tetapi boleh menyediakan bermacam-macam khidmat untuk semua kepentingan termasuk politik, ekonomi, gaya hidup, pengucapan keagamaan dan sebagainya.
Firman Allah SWT ;
"Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (al-Quran) kepada mereka supaya mereka memperoleh peringatan (lalu beriman)" (al- Qasas: 51)
Sabda Rasulullah SAW;
"Berbicaralah kepada manusia menurut kadar akalnya masing- masing" (Riwayat Muslim)

Konsep teknologi media
Teknologi komunikasi telah mengubah corak penyampaian media kepada audien
Ia dibahagikan kepada 3 gelombang iaitu;
1. Proses gelombang secara analog kepada digital,
2. Teknologi informasi (pemprosesan data dalam bentuk digital)
3. Telekomunikasi iaitu penghantaran maklumat digital secara pantas ke mana sahaja di seluruh pelusuk dunia.

Dunia teknologi komunikasi tiada sempadan dan arus globalisasi mengubah pendirian media untuk mara ke hadapan tanpa menoleh lagi.
Sejauhmana media mencapai objektifnya, bergantung kepada dasar dan kandungan media itu sendiri
Kewujudan teknologi komunikasi baru mewujudkan "cross border information " yang mudah, pantas dan dikongsi antara negara- negara maju dengan negara- negara dunia ketiga.

Hala tuju media
Mengubah nasib negara dunia ketiga dari segi pendidikan, ekonomi dan sosial
Menjalankan tanggungjawab positif sejajar dengan dasar negara yang sedia ada
Kandungan yang relevan dengan nilai tempatan
Meningkatkan mutu kerja dan kehidupan
Industri Kandungan Rangkaian (NCI) merangkumi industri televisyen, filem, audio, internet dan data wayarless untuk membenarkan maklumat disebarkan dengan pelbagai cara

MANFAAT ICT UNTUK DAKWAH
Fenomena baru dalam dakwah ialah perubahan persekitaran yang diakibatkan kemajuan ICT yang memudahkan manusia berhubungan antara satu sama lain.
Kemunculan masyarakat bermaklumat
Mengatasi pengaruh ajaran dan pendedahan bahan berunsur negatif
Menghadapi cabaran ajaran salah dan menyeleweng
Peluang menyebarkan maklumat Islam dengan lebih meluas
Berkomunikasi dengan lebih efektif dengan mad’u secara global

Isi kandungan
Memastikan bahan yang disampaikan meliputi isi ajaran Islam serta sesuai dengan sasaran yang pelbagai dan berbeza
Tahap maklumat dan isi ajaran Islam yang dikemukakan mestilah sesuai dengan mengambilkira keperluan mereka yang belum beragama Islam – memahami islam dan menghapuskan kekeliruan dan penyelewengan
Mengambilkira aspek-aspek penting yang menjasi asas ajaran Islam serta memberi penjelasan mengenai syariat Islam secara luas meliputi seluruh kehidupan manusia.
Bersifat membangun akhlak masyarakat Islam
Pengukuhan ilmu teras Islam
Gabungan pendapat pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan institusi Islam

Rekabentuk Maudu’ dakwah
Pemindahan maudu’ dakwah dalam bentuk teknologi baru sama ada dalam bentuk pengisian laman web atau perisian membuka peluang untuk da’ie bergiat aktif dalam menstrukturkan maklumat Islam secara tidak dikawal sebagaimana media cetak dan penyiaran
Kemahiran memahami persembahan maudu’ dakwah melalui pembinaan laman web, newsgroup,perbualan internet relay chat, web board, Frequently asked questions (FAQ), mailing list dll.

Elemen pokok ajaran Islam – kandungan al-Quran dan hadis-hadis, sirah nabawiyah, persoalan fiqqiyyah dan persoalan akhlak dan tauhid.
Peluang peningkatan ilmu secara e-learning
Penerokaan ilmu dan pengembangan ilmu mudah diperolehi oleh umat Islam tanpa perlu berhijrah kerana boleh dilaksanakan dengan hujung jari – PJJ boleh dilaksanakan
Bahan- bahan rujukan meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan boleh didapati secara meluas – CD, VCD, web site dan penggabungan teks, grafik, bunyi, animasi, video dan interaksi dalam pencarian ilmu lebih menarik.
Peluang menyempurnakan ibadat
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku" (Surah az-Zaariyat: 56)
Mencari maklumat kerana ilmu adalah ibadat
Kemudahan ICT memberi kemudahan rujukan untuk penentuan waktu solat, kiraan zakat, arah kiblat, kiraan faraid, kaedah falak dan sebagainya – laman web dan telefon bimbit
Peluang penyebaran risalah Islam
Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikan apa yang engkau tahu dariku walaupun satu ayat."
ICT mampu menyebarkan maklumat Islam dengan apa juga cara dengan memanfaatkan pelbagai kaedah dan kemudahan moden
Maklumat islam yang tersebar boleh menyelesaikan kekaburan, salah tanggap, kelalaian, kejahilan tentang Islam dan penyelewengan.
Peluang menyebarkan maklumat Islam secara global dan bersepadu melalui ICT berupaya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah.
Interaksi agama bersama da’ie dengan mad’u lebih efektif, fatwa boleh disebarkan secara tepat dan cepat serta mudah menjalankan forum
Peluang perniagaan – usahawan dai’e
Industri ICT memberi peluang perniagaan dalam bidang pengkomputeran dan telekomunikasi
Rangkaian perniagaan Islam mudah dilakukan dan mengurangkan kebergantungan dengan negara luar
Strategi pemasaran baru (borderless marketing) dalam pelaksanaan e-dagang
Peluang memperluas dan mengeratkan silaturrahim
Surah al-Hujurat: 13
"hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dna menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.."

Teknologi ICT melalui mel elektronik, SMS, IRC, e-group, EMS, MMS boleh mengumpulkan umat Islam berbincang pelbagai isu atau perkara yang diminati
Peluang melicinkan pentadbiran umat islam dan peningkatan produktiviti
Penyediaan tapak web rasmi mudah dilawati pengunjung yang ingin mencari maklumat rasmi perkhidmatan yang diberikan- peraturan, rujukan asas Islam, fatwa rasmi, dan pautan kepada laman web yang disahkan kebolehpercayaannya.
Kemudahan maklumat yang meluas- proses dakwah dan tarbiah dilaksanakan dengan lebih berkesan bukan sahaja kepada umat islam bahkan kepada orang bukan Islam
Kemudahan internet banking dan e-dagang menjadikan pengguna dapat memaksimumkan masa bekerja- produktiviti dipertingkatkan dan syiar Islam diperkembangkan.
Penjana budaya baru dunia
Perkembangan ICT membentuk pelbagai bentuk dan gaya komunikasi manusia sama ada di kota atau di desa

Data 2001, IDC mencatatkan 4.06 juta pengguna atau 17% dan meningkat 6.7 juta tahun 2005
The Third Perspective Plan 2001-2010, Malaysia melonjak ke tangga 17 dunia dalam pencapaian indeks maklumat serta infrastruktur komputer dan maklumat mendahului semua negara-negara Islam yang lain.
Wujud pelbagai plan kerajaan – k-kerajaan, k-ekonomi, k-masyarakat dll yang berkait rapat dengan ICT
Gambaran budaya ini membayangkan gaya hidup kita kini bersama-sama teknologi ICT sebagai satu komuniti ekosistem dan penyesuaian segera ke budaya hidup tersebut. Saidina Ali KW pernah mengungkapkan, "Ajarilah anak-anakmu dengan ilmu semasa kerana mereka tidak lagi hidup pada zaman serupa kamu."

Rangkakerja kursus
Amali – 50%
Persiapan pre-production, production, post production dokumentari Islam pendek (5 – 10 minit) – 30%
Persiapan lakaran kerja, penyediaan skrip dan design web site – 20%
Final exam – 50%

Selamat belajar, jumpa lagi